Penaja pasukan bola sepak Kelantan, Datuk Seri Dr. hasmiza Othman tidak menolak kemungkinan beliau akan menarik diri dari menaja skuad itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurut beliau, khabar angin yang tersebar dalam laman sosial yang mengatakan beliau akan berhenti dari menaja pasukan itu adalah susulan prestasi tidak menentu skuad pantai timur itu dalam saingan musim ini.
“Saya tidak nafikan (khabar angin itu). Saya seorang ahli perniagaan, saya nak apa yang saya jual (produk) berkesan dan membantu (pasukan).
"Tetapi kalau mereka tak tingkatkan prestasi, jualan saya pula menjunam macam mana saya hendak bayar (gaji)," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Sementara itu, BH Online melaporkan Dr. Vida berkata Kelantan perlu meneruskan rentak kemenangan malam tadi dalam baki dua perlawanan lagi sebelum tamat pusingan pertama untuk 'memenangi' semula hatinya.
"Bagaimanapun, apa-apa keputusan nanti membabitkan dua baki perlawanan dengan FELDA United dan Selangor, saya akan melihat prestasi mereka. Saya mahu mereka buktikan kesungguhan untuk memenangi semula 'hati' saya.
"Saya cuma mahu Kelantan menghargai pengorbanan saya. Kemerosotan prestasi Kelantan turut menjejaskan imej dan jualan produk saya sebenarnya.
"Malahan, banyak perancangan yang saya mahu lakukan kepada Kelantan gagal dan tidak menjadi termasuk pembinaan hotel PQPTRW," katanya.
Tags:
mazeer