Hanya Sebab Perkataan ‘Awak’, Habis Tergadai Adab


“Kalau boleh, jangan guna perkataan “awak” bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye, guna title saya iaitu iaitu Dr,” itulah teguran seorang wanita berstatus doktor terhadap peniaga yang berurusan dengannya melalui perbualan Whatsapp yang menjadi viral di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Harlina Haliza, dia yang merupakan seorang doktor di Pusat Perubatan Universiti Kabangsaan Malaysia (PPUKM) pada mulanya menghantarkan mesej kepada peniaga berkenaan bagi mengadakan satu temu janji dengannya.
Bagaimanapun, dia tidak begitu gemar dengan cara peniaga terbabit membalas mesejnya yang menggunakan perkataan ‘awak’ di mana menurutnya, penggunaan perkataan tersebut dianggap sebagai tidak profesional.
dr
dr2
dr1
“Elok kalau guna panggilan ‘puan’ atau gunakan title saya iaitu doktor,” seperi yang dibalas kepada peniaga terbabit.
Bagi Harlina, peniaga perlu menggunakan bahasa yang sesuai dan profesional ketika berkomunikasi dengan pelanggan.
“Ucapkanlah sedikit penghargaan/terima kasih atas kesudian bakal pelanggan menghubungi anda. Baca sekali dua lagi teks yang ditulis sebelum menekan ikon ‘Send. Sesungguhnya bahasa yang digunakan akan melambangkan keperibadian seseorang!” katanya.
Reaksi dari netizen pula berbeza-beza. Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya. Namun, ianya lebih kepada teguran.
Hmm perlu ke panggil dr.? Kalau tak kira tak beradab ke? Macam berbaur riak pulak,” tulis pengguna Facebook Azrai Nazrin.
Saya tak rasa ade yang tak sopan dalam conversation tu..mane la seller nak tau umur doktor 50-an..haishh,” kata Zarie Jae
Sedangkan kita bila berdoa kepada Allah, boleh sebut ‘kau’ dan ‘aku’ menandakan kita amat dekat kepada Pencipta. Apatah lagi Doktor ini cuma manusia biasa,” kata Mac Jai Rostov. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post