“Kau Fikir Kau Siapa Liyana Jasmay?”

SEBELUM ini tersebar kisah pelakon Liyana Jasmay yang menceritakan mengenai suaminya, Fathuddin Mazlan yang semakin popular di Sabah.

Ini semua gara-gara peminat yang sering men’tag’ Liyana selepas bergambar bersama suaminya yang membuka sebuah perniagaan restoran di Kota Kinabalu, Sabah lapor Mynewshub.

“Kau Fikir Kau Siapa Liyana Jasmay?”

Namun, rupa-rupanya penduduk di negeri di bawah bayu itu ada menyimpan sedikit perasaan ‘bengang’ berikutan kenyataan Liyana yang dianggap seakan-akan memperlekehkan mereka.

Selain isu peminat bergambar dengan suaminya, kenyataan Liyana “Jika ke Sabah saya hanya duduk rumah sahaja, takut untuk keluar bersendirian kerana pernah ada pengalaman buruk di sana. Saya diekori oleh orang yang tidak dikenali ketika sedang membeli-belah bersendirian, nasib baik tiada apa yang berlaku kerana segera balik ke rumah. Selepas kejadian itu saya tidak berani keluar bersendirian lagi” yang disiarkan media turut kurang disenangi.

Akibatnya ramai netizen di Sabah yang menghentam kenyataan Liyana dan ‘bash’ pelakon genit tersebut di media sosial.

Bukti Orang Sabah Bengang Dengan Kenyataan Liyana Jasmay

Bukti Orang Sabah Bengang Dengan Kenyataan Liyana Jasmay

Bukti Orang Sabah Bengang Dengan Kenyataan Liyana Jasmay

Bukti Orang Sabah Bengang Dengan Kenyataan Liyana Jasmay

Bukti Orang Sabah Bengang Dengan Kenyataan Liyana Jasmay

Rasanya Liyana tak menjangka kenyataan ‘berterus terangnya’ itu bakal mendapat kecaman sebegini hebat daripada penduduk di Sabah kerana disalah tafsir.

Apa-apa pun rilekslah abang kakak di Sabah, yang penting ramai orang suka pergi negeri anda sebab keindahan panorama dan makanan lautnya yang segar dan murah.

Tak mungkin kenyataan dari Liyana ni begitu berpengaruh hingga boleh membantutkan niat orang lain untuk pergi bercuti di sana pulak kan.  Hehe.

Post a Comment

Previous Post Next Post