BAGI penggemar sesuatu yang luar biasa, Muzium Perubatan Siriraj, Bangkok, Thailand mungkin salah satu lokasi yang wajib dikunjungi paling kurang sekali seumur hidup.
Ini kerana, muzium yang lebih dikenali sebagai ‘Muzium Kematian’ ini menawarkan pameran tengkorak, mayat manusia dan organ sebenar yang telah diawet lapor Mynewshub.
Muzium ini terletak di tepi sungai Chao Phraya dan berada dalam bangunan Hospital Siriraj.
Pada awal pembinaannya, hospital ini hanyalah berfungsi sebagai pusat rawatan dan penyelidikan.
Namun, pada tahun 1972, salah satu bahagian hospital itu diubah menjadi ruang pameran perubatan buat tontonan umum.
Seiring dengan perkembangannya, kini terdapat 6 muzium perubatan kecil di dalam Muzium Siriraj.
Enam muzium tersebut adalah Muzium Ellias Patologi, Muzium Congdon Anatomi, Muzium Prasejarah Sood Sangvi Chien dan Makmal, Muzium Parasitologi, Muzium Perubatan Forensik Songkran Niyomsane dan Muzium Siriraj Bimuksthan
Dalam muzium Ellias Pathologi, terdapatnya pameran mayat individu penyakit jantung dan kanser, dan pelbagai jenis kecacatan kongenital bersama-sama dengan rawatan yang betul dan langkah-langkah pencegahan.
Manakala, di Muzium Congdon Anatomical terdapatnya pameran tentang struktur anatomi semua sistem di dalam badan manusia, bermula dari konsep umur reproduktif. Selain itu, pelbagai bentuk kelahiran berganda juga dipamerakan dalam muzium ini.
Di Muzium Prasejarah Sood Sangvi Chien dan Makmal, boleh dilihat pelbagai peralatan, perhiasan peninggalan bersejarah yang ditemui di Laman Chorakhe Phuek di Wilayah Kanchanaburi, Thailand. Berlainan pula di Muzium Parasitologi, yang memaparkan pelbagai jenis parasit yang hidup di dalam tubuh manusia.
Muzium Perubatan Forensik Songkran Niyomsane mempamerkan punca-punca kematian luar biasa. Antaranya termasuk memaparkan tengkorak dan beberapa bahagian dalam badan. Selain itu, mumia pembunuh bersiri Thailand juga ada di dalam muzium ini.
Terakhir adalah Muzium Siriraj Bimuksthan yang dikhusukan untuk memaparkan sejarah perubatan dan sejarah dari Hospital Siriraj.
Tonton video Muzium Kematian Bangkok Pamer Mayat Manusia yang Diawet di bawah.
Tags:
mazeer