Sungai Eufrat menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Parsi. Sungai tersebut panjangnya kurang lebih 2,781 kilometer atau 1,730 batu. Ini merupakan sungai terpanjang di Asia bagian Barat.
Sungai Eufrat sangat erat kaitannya dengan ajaran Islam, mengapa ?. Dalam sejarah Islam, Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sampai (jika) Sungai Eufrat surut sehingga muncul gunungan emas, di mana banyak orang (yang berada di sana) berjuang untuk berebut emas tersebut, hingga kemudian mereka saling membunuh . Sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berjuang. Dan setiap yang terlibat (dalam perang) berkata, 'mudah-mudahan aku orang yang selamat itu'. "
Dalam riwayat lain, Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu." (HR Bukhari Muslim) .
Imam Bukhari juga meriwayatkan Hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, "Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas, maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya." Imam Abu Dawud juga meriwayatkan Hadis yang sama.
Dalam Hadis itu, Rasulullah pernah bersabda, bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas.
Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `alamat Al-Mahdi Akhir Az-Zaman, didedahkan bahawa keringnya sungai Eufrat merupakan saat datangnya Al-Mahdi sebagai tanda datangnya kiamat.
Hadis di atas membicarakan tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab dikenal dengan nama Al-Furat atau air paling segar. Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Al-Hadith Al-Nabawi, Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.
Ia bermaksud bahawa mengeringnya sungai Eufrat nantinya di mana timbunan emas mula kelihatan sehingga menjadi perebutan antara sesama manusia merupakan salah satu tanda bahawa hari kiamat sudah dekat.
Namun, faktanya Kiamat memang sudah semakin dekat. Dilansir dalam laman Linkedin.com bahawa data terbaru mendedahkan kajian yang dilakukan oleh NASA dan Universiti California. Kedua-dua institusi ini telah meneliti sistem sungai di Timur Tengah.
"Para saintis mendapati selama tujuh tahun terakhir sejak tahun 2003, debit air sepanjang sungai Tigris dan Eufrat dari mula Turki, Syria, Iraq dan Iran, telah kehilangan sebanyak 144 juta kilometer padu, artinya sungai ini semakin mengering," ujar Irvine dari saintis NASA dan Universiti California, Amerika Syarikat, dalam siaran pers bersama para penyelidik lain, berkata kira-kira 60 peratus daripada berkurangnya air ini adalah akibat "pam air yang terus menghisap air tanah."
Tak hanya pemberitaan mengeringnya Sungai Eufrat sahaja, bahkan isu tentang harta karun mula diperbincangkan di mana-mana. Dalam sejarah Islam Bukhari, mengatakan bahawa yaitu Rasulullah SAW bersabda "Hal tersebut dekat dengan masa di mana Sungai Eufrat akan surut dan Harta karun emas itu pun mula kelihatan. Maka sesiapa tidak dibenarkan untuk mengambilnya ".
Polemik tentang ketersediaan air dari sungai selalu melekat di antara tiga negara yang dilaluinya. Pembangunan DAM selalu menjadi masalah bagi negara-negara ini. Pembuatan DAM di Turki mempengaruhi debit air yang mengalir di Syria.
Empangan gergasi Keban yang dibina di sekitar sungai Efrat setinggi 210 meter memotong aliran. dengan kata lain berhentinya pembuatan DAM di Syria akan memberi kesan kepada air di Iraq. Meski belum mencapai tahap perang, tapi perdebatan tentang air masih berlaku. Banyak orang mulai bimbang, bahawa sabda Nabi Muhammad SAW akhirnya menjadi kenyataan.
Rasulullah SAW mengatakan dalam Hadis, iaitu jika Eufrat mengering maka akan ada pertempuran selepas itu. Kebimbangan ini terbukti dari banyak pihak yang mengungkap tanda-tanda akhir zaman yang berkaitan dengan sungai kering berakhir di Teluk Parsi.
Ini adalah tanda bahawa seorang Muslim masing-masing harus selalu waspada dan mawas diri untuk menjadi di antara mereka yang 'selamat' dari peperangan tersebut.
Sekadar maklumat, seiring dengan perkembangan zaman, dengan kebangkitan Islam dan bersatunya daerah-daerah di wilayah jazirah Arab, dua kekuasaan besar itu mahu tidak mahu menjadi terpengaruh. Islam menjadi kekuatan baru dan mula menunjukan tajinya pada masa Khalifah Abu Bakar.
Geseran pun mula terjadi. Parsi mahupun Bizantium tidak boleh lagi menganggap enteng kekuatan negara Islam.Maharaja Parsi sempat menghantar pasukan untuk menyerang kota Madinah, Arab Saudi. Bizantium juga menyerang kawasan utara kekuasaan negara Islam, yang mengakibatkan terbunuhnya Jeneral Muslim, Zaid bin Haris.
Pasukan Islam mulai menggenggam kemenangan pada masa Khalifah Umar bin Khattab. Pada masa itu, kekuatan negara Islam berada di atas dua Kerajaan besar yang sudah ada sebelumnya itu. Selama 10 tahun, beragam pencapaian dalam dunia militer didapatkan.
Pergerakan ke Syria, negara yang dilintasi Sungai Eufrat, bermula pada era Umar.Sebagaian daerah yang sebelumnya dikuasai oleh Bizantium akhirnya berhasil ditaklukkan kekuatan pasukan Muslim.
Sementara itu, Parsi merasa bimbang. Mereka sudah kehilangan kekuatan pada kawasan perbatasn di sebelah barat Sungai Eufrat. Beberapa peperangan pun terjadi antara Kerajaan Persia dan pasukan Muslim. Pada akhirnya, Parsi berjaya tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam.
Wilayah tersebut selanjutnya menjadi salah satu bahagian penting bagi penyebaran agama dan peradaban Islam di seluruh dunia. Penaklukan terhadap Persia inilah yang juga menandakan awal mula peradaban Islam di sisi sungai Eufrat.(Sumber: Huffington Post, InfoIndoNow, Linkedin ).
Tags:
sembangB