Prank-Call Segmen Sate Era Tidak Jaga Sensitiviti, Pendengar Bengang

Jika memandu pulang dari tempat kerja, pasti ramai yang berkesempatan mendengar slot Sate di Era yang dikendalikan oleh Shahrol Shiro, Tauke dan Dina Nazir. Slot ini memang diketahui dengan segmen prank-call. Antara yang telah terkena prank-call dari mereka bukan saja artis, malah orang ramai.

Seorang pengguna Facebook bernama Nur Nabilah telah menulis mengenai apa yang dianggapnya prank-call melampau yang dibuat dalam segmen Sate ini pada 17 April lepas.

Prank-Call Segmen Sate Era Tidak Jaga Sensitiviti, Pendengar Bengang

Segmen Sate sebelum ini juga pernah menjadi kritikan orang ramai atas sebab yang sama iaitu tidak sensitif dengan situasi mereka yang terkena panggilan tersebut. Sememangnya stesen radio kita amat gemar menampilkan segmen prank-call ini. Ia bukan saja ditampilkan di Era, malah di stesen radio terkenal yang lain.

Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Nur Nabilah, kadangkala ada kandungan yang perlu ditapis oleh penerbit atau diketepikan bagi menjaga sensitiviti mereka yang terlibat. Apa pendapat anda?

Pendengar Persoal Prank-Call Sate Era Tidak Jaga Sensitiviti, Hampir Buat Suami Isteri Bergaduh

Post a Comment

Previous Post Next Post