SAFIEY ILIAS yang saya kenali. 20 minit yang berharga.
Saya cuba mencari kunci kepada sebuah penghijrahan, seorang Mak Nyah yang lebih dikenali sebagai Safiey Ilias. Seorang jutawan kosmetik muda yang sudah memperoleh segalanya - harta, kerjaya, kecantikan, dan status yang tingggi dalam dunia keusahawanan.
Tulisan ini dipetik menerusi Syirfan Indra di Facebook miliknya.
Namun satu saat dia terfikir - di mana Tuhan?
Beliau seorang yang berjiwa besar. Jika tidak, mana mungkin beliau mampu menjana 1 juta pertamanya pada umurnya 19 tahun. Beliau seorang yang bersungguh. Jika tidak, mana mungkin beliau mampu membina sebuah empayar perniagaan dalam usia yang muda. Beliau seorang yang bijak. Jika tidak, mana mungkin beliau ketemu hidayah dalam dunia gelap seorang Mak Nyah.
Berbual dengan beliau, saya jumpa dua rahsia.
Penghijrahan beliau berkait rapat dengan pengorbanan seorang bapa. Unik kerana beliau lebih rapat dengan bapa. Apa sahaja yang beliau lakukan, bapa sentiasa ada. Tidak pernah mengangkat tangan atau bertingkah kata. Pada si bapa, sejahat mana pun anaknya, beliau sebagai bapa mesti sentiasa ada.
Bayangkan hati seorang bapa. Seorang anak lelakinya perlahan-lahan berubah menjadi seorang perempuan. Bapa mana yang tidak luluh hatinya bila si anak perlahan-lahan menukar gaya hidup dan pakaian. Adakah bapa ini menghalaunya?
Tidak. Si bapa tetap ada. Sentiasa ada. Sentiasa dan terus memberi nasihat agar jadi manusia. Kalau mahu pakai baju, pakailah... tapi jangan pakai yang seksi-seksi.
Saya sejujurnya mengangkat tinggi angkat topi dengan bapa beliau. Semangat dan ketabahannya berada di tahap tertinggi. Doa adalah azimatnya. Satu masa nanti, anakku ini akan ketemu Tuhannya.
Syukur... dalam linangan air mata Safiey menyatakan - selepas penghijrahan ini, bapa beliau adalah insan paling gembira di dunia. "Saya mahu mengangkat sendiri keranda bapa sebagai seorang lelaki!"
Safiey Ilias, anda mempunyai seorang bapa yang hebat!
Kedua, saya jumpa rahsia kekuatan solat. Menurut Safiey, dia telah mencuba pelbagai cara untuk "mendekati tuhan". Dia berdoa, dia berubah, tetapi ia tetap tidak sempurna.
Beliau mula solat. Sekadar buat. Perlahan lahan. Suatu Subuh di hujung 2015, terdengarlah beliau satu azan yang mengusik. Pada subuh itulah beliau menikmati sebuah solat dengan air mata. Teresak-esak. Beliau jumpa nikmat solat. Sehingga hari ini, linangan air mata mengalir saban masa dalam solatnya. Dosa terasa berat di bahu.
Satu cerita yang buat saya tersentuh ialah setiap kali selepas sembahyang, beliau sering teresak-esak menangis. Merayu pada tuhan agar ringankan beban dosanya. "tapi bang... setakat ini, tidak pernah ada seseorang pun yang memegang bahu untuk menguatkan saya!".
Saya tersentuh. kita sering biarkan "si pendosa" itu bersendiri. Kitalah hakim dunia yang paling sombong.
Menurut Safiey, selepas beliau ketemu nikmat solat, dapatkan beliau melengkapkan hidupnya. Kembali pada sunnah bagi menampung dosa lama. Kini beliau gusar dengan hartanya dan mahu gunakan semua hartanya untuk kebaikan. Beliau mahu berdakwah. Ini tanggungjawap utamanya. Semua ini beliau ketemu dalam solat. Ini kunci utamanya.
Beliau mahu kembali dalam masyarakat. Beliau mahu membetulkan segala kesilapan. Beliau mahu membuktikan gaya hidup Islam ini adalah gaya yang terbaik.
Beliau dan semua "pendosa pada mata kita" mahu berubah. Berilah ruang.
Perbualan kami berakhir dengan satu persetujuaan - Tuhan Itu Maha Kuasa.
Tags:
mazeer