Rita Rudaini Dikejarkan Hospital


Rita Rudaini Dikejarkan Hospital


Pelakon Rita Rudaini telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital setelah disyaki menghidap penyakit demam denggi.

Rita Rudaini pada mulanya mengalami sengal-sengal badan dan kesejukan seluruh badan sebelum dikejarkan ke hospital pada Jumaat malam lalu.

Ini komen Rita Rudaini:

“Sejurus tiba di hospital, doktor meminta saya membuat pemeriksaan darah kerana bimbang saya terkena denggi. Hasil pemeriksaan darah saya positif dan terus dimasukkan ke wad. Setiap hari doktor membuat pemantauan bagi memastikan keadaan saya stabil”

“Doktor juga perlu memasukkan air ke dalam badan kerana tubuh saya terlalu lemah. Akibat daripada kesan suntikan membuatkan saya kurang selesa dan berasa sakit. Semalam saya langsung tidak boleh tidur,”

Rita Rudaini kini tidak terikat dengan mana mana jadual penggambaran dan dua anaknya kini sedang dijaga ibu dan sepupunya.

Semoga cepat sembuh.

Post a Comment

Previous Post Next Post