Siapa Ada Duit Syiling Lama 50 Sen Tahun 1967 Jual Kepada Kami, Kami Beli Sekeping RM27,000 . Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya


Siapa Ada Duit  Syiling Lama 50 Sen Tahun 1967 Jual Kepada Kami, Kami Beli Sekeping RM27,000 . Klik Sini Untuk Baca Selanjutnya





Di dalam artikel ini adalah senarai Top 10 duit syiling Malaysia termahal yang pernah dijual didalam acara lelongan awam. senarai ini hanya melibatkan syiling "MALAYSIA" dan tidak melibatkan syiling-syiling zaman penjajah British dan sebagainya. Kadar pertukaran mata wang asing untuk lelongan wang luar negara adalah berdasarkan nilai tukaran asing semasa syiling tersebut dilelong.

Kepada bukan collector, mohon jangan salah faham. Walaupun kebanyakkan syiling yang ada didalam senarai ini adalah syiling yang anda boleh temui didalam poket seluar anda (syiling 50 sen 1967, 1968 atau 1969). Tidak bermakna syiling anda juga mempunyai harga yang tinggi seperti yang ada didalam senarai ini. Sila "Rajin membaca" mencari maklumat kenapa syiling-syiling ini berharga mahal.

Kepada rakan-rakan blogger, mohon jangan memberikan maklumat yang salah dengan mencuri artikel ini dan kemudiannya meletakkan gambar syiling anda di dalam artikel anda. Maklumat salah begini memberikan anggapan salah berkenaan numismatik di Malaysia. Jangan tulis mengenai syiling 50 sen berparit berharga mahal, jika anda tak faham syiling apa yang kami maksudkan. Belajarlah menjadi blogger yang beretika, dah copy artikel, tolong beri link kepada penulis artikel yang asal.

Top 10 Duit syiling Malaysia termahal


1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846


Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969. Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.


2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli. Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.


3. Set syiling peringatan WWF 1976 peruf dilelong RM37240

Satu set syiling Pemuliharaan Hidupan Liar 1976 peruf dilelong pada harga SG$13,800 (termasuk premium pembeli) atau RM37,240 di dalam acara lelongan yang dijalankan oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Hotel Landmark Village, Singapura pada 18 April 2015. Set tersebut mengandungi 3 keping syiling; syiling peringatan emas 500 Ringgit Peruf Cipan/ Tapir, syiling peringatan perak 25 Ringgit Peruf Enggang dan syiling peringatan perak 15 Ringgit Peruf Seladang. Kesemua syiling itu di gred PF69 Ultra Cameo oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC).


4. 100 ringgit emas peruf Tunku Abdul Rahman 1971 NGC PF 66 Ultra Cameo dilelong RM23,180

Pada 14 Jun 2015, sekeping syiling Peruf 100 Ringgit emas Tunku Abdul Rahman 1971 NGC PF 66 Ultra Cameo telah berjaya dilelong pada harga RM23,180 (termasuk 15% premium pembeli dan 6% GST ke atas premium pembeli) di acara lelongan yang di anjurkan oleh MNP Auctioneers di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Syiling Peruf 100 Ringgit emas Tunku Abdul Rahman Al-Haj 1971 amat sukar dicari kerana hanya ada 500 keping sahaja yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.


5. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942


Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli). Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.


6. Syiling Peruf 500 Ringgit emas Tapir PCGS PR69 DCAM dilelong RM18,403.

Pada 26 Oktober 2012, sekeping syiling Peruf 500 Ringgit emas peruf Tapir dengan gred PCGS PR69 DCAM dilelong pada harga SG$6400 atau RM18,403 termasuk dengan premium pembeli. Acara lelongan itu dilakukan oleh Monetarium Auction di Singapura.


7. Syiling 500 Ringgit emas Tapir NGC MS68 dilelong RM18,403

Pada 25 Oktober 2014, semasa acara lelongan Monetarium Auction yang ke 14 di Singapura, sekeping syiling 500 Ringgit emas Tapir bukan peruf dengan gred NGC MS68 dilelong RM18,403 termasuk premium pembeli. Syiling tersebut adalah yang terbaik grednya untuk syiling 500 Ringgit tapir bukan bukan peruf.


8. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253


Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55. Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.


9. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.


10. Syiling 500 Ringgit emas Tapir NGC MS63 dilelong RM10,350.

Syiling 500 Ringgit emas Tapir NGC MS63 di lelong semasa acara lelongan yang di adakan oleh Trigometric Sdn Bhd pada 15 Mac 2015. Syiling emas bukan peruf ini telah berjaya dilelong pada harga RM10,350 termasuk premium pembeli. Acara lelongan tersebut juga adalah acara lelongan pertama yang dilakukan oleh Trigometric di Serunai Suite, Hilton Hotel, Petaling Jaya.


11. 1 sen 1976 Copper PCGS MS65 RD dilelong RM7550


Pada 27 Mac 2013, semasa acara lelongan yang dianjurkan oleh Monetarium Singapura, duit syiling 1 sen 1976 copper telah terjual dengan harga RM7,550 (termasuk komisen dan cukai). Duit syiling tersebut digred oleh Professional Coin Grading Service (PCGS) "sebagai Bronze: 1-Sen 1976 (KM1) PCGS MS65 RD". Setakat ini masih belum diketahui siapa pemenang lelongan tersebut. Anda boleh membaca cerita lanjut disini;1 sen 1976 PCGS MS 65 RD Sold SGD2,600.


Info Duit Syiling 1 sen 1976, 1973 dan 1970
Bukan semua duit syiling 1 sen yang melekat magnet perlu di ambil perhatian oleh collector. Syiling biasanya diuji dengan magnet untuk pemeriksaan mudah, sama ada ianya menggunakan logam yang berbeza daripada logam asal. Untuk memudahkan anda, saya telah menulis mengenai syiling yang anda perlu periksa dengan magnet didalam artikel yang berikut; What coin need to test with magnet.

Info Duit Syiling 50 sen 1969 Milled edge dan security Edge
Kebanyakan duit syiling yang ada pada bukan collector adalah duit syiling security edge atau panggilan biasanya 50 sen berparit untuk tahun 1967, 1968 dan 1969. Anda boleh melihat disebelah tepi syiling itu terbelah dua dan ada garisan seperti parit ditengahnya. Syiling ini tidak mempunyai harga yang tinggi pada kondisi Very Fine sebab ianya mudah didapati pada ketika ini. Ianya menjadi semahal RM2800 apabila syiling 50 sen 1969 security edge itu mempunyai gred yang tinggi dan pada ketika ini amat sukar untuk mendapatkannya. Sila baca info lebih lanjut mengenai duit syiling ini di dalam artikel; 50 sen berparit 1967, 1968 dan 1969.


Kepada bukan kolektor yang berharap Duit syiling Malaysia termahal berharga berjuta-juta ringgit, harap maaf. Harga Syiling Malaysia belum lagi mencapai sehingga harga yang sedemikian. Mungkin suatu hari nanti apabila ramai orang sudah mula memandang kepada duit syiling Malaysia. Pada ketika ini pun, saya rasa sudah ramai yang mula mengumpul duit syiling lama di Malaysia. Syabas saya ucapkan kepada anda yang baru mula mengumpul. Teruskan mengumpul tetapi jangan pandang duit syiling itu pada nilai ringgitnya sahaja. Ada juga nilai-nilai lain yang sepatutnya anda hargai.

1 Comments

  1. Hi, i have a 1967 Security Edge 50 cents coin. May i know how much i can sell it?
    Thank You.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post