Ramen kegilaan ramai
Akan tetapi, ramen dari Korea ini mempunyai banyak keburukan jika dibandingkan dengan kebaikan. Seorang pengguna Facebook bernama Otad Al Miko menceritakan tentang bagaimana dia terpaksa mengeluarkan RM 10,000 demi menyelamatkan isterinya.
Samyang terlalu pedas membawa padah
Kejadian yang berlaku 3 tahun lepas ini bermula apabila isterinya sangat menggemari makan Ramen Samyang yang mula terkenal di Malaysia pada ketika itu. Memang kaki makan pedas, isterinya seringkali menghabiskan Samyang tanpa minum air.
Malang tidak berbau apabila isterinya sakit di bahagian perut sehingga tidak mampu bangun. Otad terus membawa isterinya ke Hospital Taiping namun akibat terlalu ramai, Otad segera membawa isterinya ke sebuah hospital swasta Colombia.
Otad mengeluarkan RM10,000 untuk masukkan kamera ke dalam perut isterinya bagi mencari punca kesakitan yang teramat itu. Rupa-rupanya dinding usus luka akibat terlalu suka makan makanan pedas.
Berpada-pada dalam makan pedas
Menurut doktor yang merawat, luka di bahagian usus amat bahawa kerana kawasan tersebut sentiasa lembab. Boleh diumpamakan seperti luka melecet di tangan, dan anda membasuh luka tersebut. Sakit bukan? Sekarang ni bayangkan luka tersebut sentiasa sakit akibat air di dalam badan.
Netizen juga turut berkongsi pengalaman mereka masuk hospital akibat makan makanan pedas. Nampaknya memang bahaya makanan pedas ni:
Jadi kepada anda di luar sana, tidak salah nak makan pedas atau Samyang ni. Tapi beringat dan berpada-padalah, kerana kesihatan kita ini tidak boleh dibeli dengan wang.
Sumber: Otad Al Miko
Sumber artikel diambil dari https://ift.tt/2DfKT2l
Sumber Peminat Samyang Tolong Baca! Isteri kuat makan Samyang, suami terpaksa keluarkan RM10 ribu demi menyelamatkan isterinya
Tags:
mazeer