Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil Bergema Dengan Laungan Syahadah

KUALA LUMPUR 17 April - Empat penganut bukan Islam diberi hidayah apabila memilih untuk memeluk Islam dalam sesi ceramah terakhir Dr. Zakir Naik di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil, malam tadi.

Keempat-empat insan istimewa tersebut terdiri daripada seorang lelaki dari India, Hurendar Bal Singh, seorang lelaki tempatan, Joel, dan dua lagi adalah wanita tempatan yang dikenali Euroshia dan Michelle lapor Utusan Online.

Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil Bergema Dengan Laungan Syahadah
Imej salah seorang individu yang memeluk Islam sewaktu sesi terakhir dakwah Dr. Zakir Naik di sini, malam tadi.

Hurender sebelum ini adalah penganut Sikh manakala Joel dan Euroshia merupakan penganut Kristian sementara Michelle pengikut Buddha.

Semua mereka mengucapkan kalimah dua syahadah ketika sesi soal jawab dengan Dr. Zakir yang berlarutan sehingga pukul 2 pagi.

4 Penganut Bukan Islam Memeluk Islam di Ceramah Dakwah Dr. Zakir Naik
Seorang punjabi yang dilaporkan memeluk islam selepas bersoal jawab dengan Dr Zakir Naik. Subhanallah. 

Post a Comment

Previous Post Next Post