Jacobbad – Seorang wanita muda yang baru melangsungkan perkahwinan mati dicekik suaminya selepas lelaki itu mendapati mangsa bukan lagi dara.
Khanzadi Lashari, 19, masih berpakaian pengantin apabila suaminya, Qalandar Baksh Khokhar, 28, yang juga sepupunya mencekiknya pada malam pertama perkahwinan mereka di daerah Jacobbad di daerah Sindh, Pakistan.
Bapa Khanzadi, Lal Mohammad Lashari, 60, berkata, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila pasangan pengantin itu tidak keluar rumah keesokan paginya.
Keluarganya menemui mayat Khanzadi di atas katil selepas memecahkan pintu rumah berkenaan.
Mereka memaklumkan kepada polis selepas penemuan itu di samping membuat laporan menuduh Qalandar dan empat abangnya mencekik mangsa sehingga mati.
Tags:
OMG