Bahagia seorang pemuda lombok kahwin 2 orang isteri sekaligus

Seorang pemuda di Lombok melangsungkan perkahwinan dengan dua wanita sekali gus dalam satu majlis yang diadakan pada Sabtu lalu.

Pemuda Lombok kahwini dua wanita sekali gus

Pemuda Lombok kahwini dua wanita sekali gus

Lebih menarik lagi pemuda itu turut bersanding dengan kedua-dua isterinya yang kelihatan sangat ceria.

Kisah pernikahan unik itu mula viral selepas gambar pengantin berkenaan dimuat naik di laman Twitter @RennyFernandez.

Pemilik akaun Twitter berkenaan memuat naik tiga gambar termasuk satu kad jemputan bagi membuktikan pernikahan itu benar-benar berlaku.

Kad jemputan itu jelas tertulis majlis pernikahan M Hasan Basri dengan pasangannya Nurul Hidayanti dan Nurhidayatullah.

Majlis perkahwinan berkenaan berlangsung pada Sabtu lalu di Dusun Jurang Are, Desa Bonder, Lombok Tengah.

Dalam gambar berkenaan, ketiga-tiga mempelai kelihatan tersenyum ketika bersanding di pelamin dan bergambar dengan tetamu.

“Lelaki ini mesti seorang yang kaya kerana mampu bernikah dengan dua wanita sekali gus,” kata seorang pengguna Internet.

“Kalau begini, selain malam pertama kita mungkin ada malam kedua pula,” kata seorang lagi pengguna. – Agensi

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post