Bakal Kahwin, Janna Nick Ucap Tahniah Kepada Saharul Ridzuan

Berita mengenai perkahwinan pelakon terkenal Saharul Ridzwan dan pasangannya sememangnya mendapat perhatian ramai daripada netizen. Walau bagaimanapun, lokasi dan tarikh masih menjadi tanda tanya buat semua orang yang menantikan detik bahagia itu.

Baca: Gosip Saharul Bakal Bergelar Suami

Sebagai rakan artis yang rapat dengan Saharul, Janna Nick ketika dihubungi MH Online bagi mendapatkan tarikh dan lokasi, Janna sempat memberikan ucapan mengenai perkahwinan pasangan itu yang bakal berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Saya nak ucapkan tahniah dan semoga kekal smpai syurga. Sentiasa jadi rakan yang baik, pelakon yang memberi walaupun akan bergelar seorang Suami. Seorang perancang yang baik untuk masa depan sendiri insya-Allah, juga perancang yang baik sebagai seorang ketua keluarga nanti.

“Harap tabah dengan segala dugaan dalam mendirikan rumah tangga dan semoga dapat zuriat yang sempurna sifat dan comel,” ucapnya teruja.

Baca: Saharul Ridzwan Akan Umum Tarikh & Lokasi Nikah

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai lokasi dan tarikh perkahwinan, Janna memberitahu dia juga masih belum dapat kepastian lagi daripada Saharul.

“Itu kena tanya tuan badan sendiri, sebab saya pun tak tahu, lagipun masa masih lama lagikan,” ujarnya.

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post