Bayi dua bulan jadi viral di laman sosial hanya sebab mata dan rambut yang sangat comel!
Bayi ini baru berusia dua bulan namun dia telah memikat ramai orang dan menjadi sensasi internet disebabkan rambut yang cantik serta mata biru yang bulat.
Bayi bernama Coral ini dilahirkan di North Hawaii pada Mac lalu. Dia kini menjadi pujaan jutaan ramai di media sosial.
Coral menjadi tarikan selepas ibu bapanya, Michael dan Andrea Rader memuatnaik gambarnya dalam laman web Imgur dengan kapsyen ringkas:
“Anak perempuan kami hanya berusia dua bulan’.
Sebaik sahaja gambar itu dimuatnaik, netizen telah membanjiri laman web itu dan memuji Coral.
“Dua bulan dan mempunyai rambut seperti James Brown, tahniah.
“Dua bulan? Dia kelihatan seperti dua tahun.
“Sangat-sangat cantik,” demikian antara pujian yang diterima oleh si kecil ini.
Ibu bapanya telah mendokumentasi kehidupan Coral sejak dilahirkan menerusi saluran YouTube Mike & Drea.
Sumber : Mynewshub