JIKA sebelum ini kek hari lahir Neelofa mencetuskan viral gara-gara harganya yang cukup mahal, kek ikan bawal ini pula dua kali ganda mahalnya daripada kek tersebut!
Kek ikan bawal yang ditempah khas oleh jenama tudung popular, Bawal Exclusive ini, dikatakan mencecah harga hampir RM16,000!
Wow, mahu juling mata tengok harga kek semahal itu kan.
Menurut pembuat kek tersebut, Anne Idris, 35, kek seberat 12 kilogram itu mahal kerana disusun dengan 5,000 batu swarovski pelbagai jenis seperti mana mengikut permintaan pelanggan.
“Memang saya tahu ada yang pertikaikan harganya tetapi bukan senang untuk saya hasilkan kek itu yang digunakan untuk peraduan jenama tudung itu.
“Saya berasa sangat teruja selepas berjaya menyiapkan kek itu dalam masa tiga hari dengan empat tenaga kerja,” katanya memetik Harian Metro.
Menurut Anne, untuk penghasilan kek berharga RM15,900 itu dia menggunakan dua botol warna untuk mendapatkan warna biru seperti diinginkan pelanggan selain tiga botol pengilat bagi menaikkan seri dan warna kek tersebut.
Kek berperisa coklat itu juga mempunyai bentuk ikan bawal yang diletakkan di atas kek sebagai simbolik logo jenama hijab terkenal itu.
Tags:
mazeer