Kelibat Taib Mahmud memecut kereta Bentley RM1.5 juta dihadiahkan isterinya

Pengguna jalan raya di sepanjang Jalan Demak di Kuching ‘dikejutkan’ dengan kelibat Yang Dipertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud memecut kereta mewah berjenama Bentley berharga RM1.5 juta yang dihadiahkan oleh isterinya, Ragad Waleed Al-Kurdi.

Persona Taib Mahmud pandu Bentley RM1.5j pukau ramai

Persona Taib Mahmud pandu Bentley RM1.5j pukau ramai

Menurut catatan akaun Facebook, rata-rata pengguna jalan raya melahirkan kekaguman dengan kemampuan bekas ketua menteri Sarawak paling lama itu untuk bukan sahaja memandu, malah memecut pada kelajuan tinggi.

Laman Borneo Facebook itu turut menyiarkan gambar Taib sedang meronda-ronda bersama kereta barunya itu.

Gambar itu pada awalnya diletakkan oleh laman Instagram milik Ragad, dengan kapsyen: “Memandu kereta baru miliknya… Awak berhak mendapat lebih.”

Ragad menghadiahkan kereta itu sempena hari jadi Abdul Taib ke-80 dan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Ragad yang berasal dari Syria dan berkahwin dengan Abdul Taib pada tahun 2010 selepas kematian Laila Taib akibat kanser.

Sebelum Ragad, perkahwinan beliau dengan arwah Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

 

Sumber: Malaysiakini

Post a Comment

Previous Post Next Post