Lelaki bakar isteri akhirnya ke tali gantung

Lelaki bakar isteri akhirnya ke tali gantung

 

Penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membakar isterinya, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu ke atas Chiam Nguang Huat, 42, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah dalam kes terbabit.

Lelaki bakar isteri akhirnya ke tali gantung

Lelaki bakar isteri akhirnya ke tali gantung

Tertuduh didakwa membunuh isterinya, Lai Siew Fong, 36, di hadapan dua anak mereka dengan membakar mangsa di rumah di Taman Bayu Mutiara, Seberang Prai Tengah pada 4 petang, 24 Jun 2013.

Tertuduh yang memakai kemeja merah kelihatan tenang sejurus hukuman gantung ke atasnya diputuskan mahkamah dan sempat mengangguk ke arah ahli keluarganya yang hadir.

Sumber : Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post