MALANG tidak berbau, seorang lelaki menemui ajal selepas digilis kereta api di Kampung Belukar Panjang, Temangan, Machang, Kelantan, awal pagi tadi.
Sebelum kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun dilaporkan tidur di atas landasan sebelum maut digilis keretapi yang lalu.
Difahamkan, mangsa merupakan seorang penagih dadah.
Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan kereta api berkenaan kejadian itu pada jam 5.49 pagi.
“Hasil siasatan di tempat kejadian, mayat mangsa berkecai diseret keretapi berkenaan.
“Mayat dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat,” katanya.
Tags:
mazeer