Mangsa Dedah Kisah Sebenar Geng Negro Culik Wanita

SUBANG JAYA: Pihak Polis dalam satu kenyataan telah menafikan berlakunya kes penculikan yang membabitkan warga Filipina dan Nigeria dimana ia menjadi viral di laman sosial sebelum ini, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mangsa yang berusia 44 tahun telah tampil membuat laporan polis menafikan dia diculik tiga warga asing dan mengakui di dalam gambar berkenaan adalah beliau.

Mangsa Dedah Kisah Sebenar Geng Negro Culik Wanita

Menurut mangsa, dia sebenarnya dibantu oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk pulang kerumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway kerana beliau terlalu mabuk selepas menghadiri parti hari jadi di kawasan berhampiran.

Antara berita palsu yang disebarkan.

Kisah Sebenar Tiga Negro Culik Wanita di Pangsapuri Lagoon Perdana

Menurut Mohammad Azlin, penafian yang dilakukan oleh wanita berkenaan sekaligus membuktikan tiada berlaku kes penculikan dan rogol seperti didakwa seorang lelaki yang memaparkan gambar tersebut di laman sosial.

“Mangsa seorang suri rumah beritahu dia hadir membuat laporan polis  kerana ingin bersihkan nama ketiga-tiga lelaki warga Afrika dalam gambar tersebut yang mana seorang daripadanya adalah teman lelakinya,” katanya. 

Kisah Sebenar Tiga Negro Culik Wanita di Pangsapuri Lagoon Perdana
Antara blog yang mainkan berita palsu berkenaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post