MB Kedah Perjelas Kenapa Tolak Tajaan D’Herbs

KUALA LUMPUR – “Permintaan luar jangka dituntut pihak penaja terpaksa ditolak Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) demi menjaga kepentingan negeri”

Itu reaksi Menteri Besar merangkap Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berhubungan keputusan KFA menolak tajaan bernilai RM30 juta oleh syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. (D’Herbs) milik selebriti Datuk Aliff Syukri.

Kata Ahmad Bashah, beliau memikul tanggungjawab sebagai Presiden KFA tetapi beliau pada sama turut memegang tanggungjawab besar untuk memastikan hak rakyat Kedah tidak tergadai hanya kerana bola sepak lapor Mynewshub.

MB Kedah Perjelas Kenapa Tolak Tajaan D’Herbs

“Namun ini bukan titik noktah bagi Lang Merah. KFA akan memastikan dana pasukan mencukupi dan akan berusaha membuka dan mencari ruang penajaan baharu,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Semalam kami ada melaporkan keputusan KFA menolak tajaan bernilai RM30 juta oleh D’Herbs ternyata mengejutkan banyak pihak.

Dalam pengumuman oleh Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar itu, keputusan terpaksa dibuat kerana terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak D’Herbs sukar untuk dipenuhi.

Bagaimanapun terdapat desas desus menyatakan punca sebenarnya adalah permintaan balas D’Herbs terhadap tanah berukuran 120 ekar atas tajaan bernilai RM30 juta itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post