MENGEJUTKAN !! APABILA SEORANG BAYI MAUT LEPAS MINUM SUSU BADAN IBUNYA SENDIRI.. INI LAA PUNCA SEBENAR BAYI TERSEBUT MAUT.


Kota Bharu: “Saya terkejut melihat air meleleh di hidung dan susu penuh di mulutnya. Ketika itu apabila kami sentuh, semua anggota badannya sejuk,” kata Nik Norazahari Nik Ibrahim, 27, bapa kepada Nik Norainun Mardiah berusia dua bulan yang meninggal dunia jam 5 pagi semalam dipercayai akibat tersedak susu di rumah mereka di Kampung Che Deris, di sini.
Menurutnya, sebelum kejadian dia dan isteri, Marfuzah Ibrahim, 27, dan seorang lagi anak mereka tidur.
Katanya, antara jam 3 dan 4 pagi, bayi perempuannya itu diberi susu badan oleh isterinya selepas terjaga, sebelum kedua-duanya tidur semula
“Kami memang lena dan tidak sedar. Apabila saya bangun jam 5 pagi, dia (Nik Norainun Mardiah) sudah berkeadaan begitu.
“Saya segera mengejutkan isteri. Kami kemudian membawa Nik Norainun ke rumah ibu mentua di kampung berdekatan untuk memeriksa keadaannya.
“Bagaimanapun, semuanya sudah terlambat kerana dia sudah tidak bernafas lagi,” katanya sedih.
Katanya, ibu mentuanya Kamidah Esa, 58, turut mengesahkan Nik Norainun Mardiah sudah meninggal dunia ketika mereka tiba di rumahnya.
“Dia masih kecil lagi, tak sangka dia pergi seawal usianya begini kerana sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, malah sihat membesar seperti bayi lain,” katanya.
Bagaimanapun, bapa dua anak itu reda dengan pemergian anak bongsunya yang disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Che Deris, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Post a Comment

Previous Post Next Post