“Patut baca Yassin bukan panggil media”, Amy Search tidak ikhlas jenguk saya di hospital – Yazit

 

"Patut baca Yassin bukan panggil media", Amy Search tidak ikhlas jenguk saya di hospital - Yazit

“Patut baca Yassin bukan panggil media”, Amy Search tidak ikhlas jenguk saya di hospital – Yazit

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Ziarah ahli kumpulan Search, termasuk vokalisnya Amy, ke hospital ketika beliau sakit dahulu bukan ikhlas tetapi mahu perhatian media, dakwa Yazit Ahmad.

Pemain dram Search mengakui Amy, nama popular Suhaimi Abdul Rahman, pernah melawatnya di hospital namun ketika itu beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.

“Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga,” kata Yazit.

“Dia datang sendiri atau isteri saya hubungi? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu dia buat cerita lain. Kena paksa [datang] dengan isteri saya, bukan ikhlas.”

Menjawab kenyataan Amy sebelumnya, beliau membuat tuduhan tersebut  ketika ditemui ProjekMMO sewaktu menjalani rawatan hemodialisis di Setapak di sini kelmarin.

Pada sidang media minggu lalu vokalis kumpulan rock legenda itu menafikan beliau dan rakan lain mengabaikan Yazit ketika di hospital.

 

 

Vokalis terkenal Amy menafikan dakwaan rakan kumpulannya Yazit bahawa Search tidak mempedulikan nasibnya. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Vokalis terkenal Amy menafikan dakwaan rakan kumpulannya Yazit bahawa Search tidak mempedulikan nasibnya. — Foto oleh Yusof Mat IsaAmy, 57, berkata dakwaan Yazit bahawa Search mengabaikannya tidak benar, sebaliknya kerana mereka tidak mahu memperlihatkan beliau dalam keadaan sakit kepada umum.

“Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit,” kata Amy.

Sewaktu isteri Yazit sakit, isterinya juga datang berziarah, tambah penyanyi “Isabella”.

Selain itu, Yazit juga mendakwa beliau “sakit” disebabkan ahli kumpulan Search lebih mementingkan wang.

Sewajarnya ahli Search diingatkan mereka pernah “dikutip” menyertai kumpulan rock itu kerana tidak menghormati rakan seperjuangan.

“Saya sakit disebabkan Search. Siapa tidak sakit kepala? Mereka tidak pernah fikirkan saya. Mereka tahu hendak duit saja.

“Sebab itu, apabila saya guna perkataan ‘kutip’ mereka marah. Saya sudah tahu mereka layak dipanggil begitu sebab mereka tidak hormat orang yang ambil mereka,” kata Yazit lagi.

“Kalau mereka hormat saya dan menganggap saya sebahagian daripada kumpulan ini dan menghormati saya, saya tidak akan cakap benda macam itu.”

 

 

Di sisi peguam mereka Yusmadi Yusoff, Nasir (kanan) bersama Amy dan Nordin (kiri) ketika mengumumkan pembatalan konsert, 20 Mei 2016. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Di sisi peguam mereka Yusmadi Yusoff, Nasir (kanan) bersama Amy dan Nordin (kiri) ketika mengumumkan pembatalan konsert, 20 Mei 2016. — Foto oleh Yusof Mat IsaYazit, 54, turut memberi amaran kepada ahli-ahli Search agar tidak berlebihan mengeluarkan kenyataan jika tidak mahu menerima padah.

Segala rahsia mereka ada dalam pengetahuannya dan satu buku mengenai Search akan diterbitkan tidak lama lagi, tambahnya.

“Penulisnya seorang pengarang, nama besar. Mata wartawan lebih baik daripada penulis lain. Saya akan panggil dia. Saya akan cerita pengalaman bersama Search.

“Saya beri amaran kepada budak Search, jangan lebih-lebih. Kalau mereka lebih-lebih, masalah Amy, Nasir, Nordin dan Kid, saya akan beritahu wartawan.

“Saya akan buat buku, saya akan cerita segala-galanya dalam buku itu. Kalau mereka lebih-lebih, semua akan jadi telanjang bulat. Terus-terang saya cakap,” tegasnya.

Krisis Yazit dan Search berlarutan semula sejak pemain dram itu membuat aduan polis awal bulan ini, mendakwa kumpulan itu pecah amanah wang pendahuluan konsert 35 tahun, kini dibatalkan.

Search menafikannya dan mengugut untuk mengambil tindakan terhadap Yazit.

Pada hujung 2013, Yazit pernah mendakwa Search tidak melawatnya di hospital tetapi kumpulan itu menafikannya, dengan berkata mereka ada urusan lain sehingga terlewat menziarahinya.

Sumber : Malay Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post