Peminat Bengang Keith Foo Sentuh Uqasha Senrose

Umum mengetahui bahawa baru-baru ini pelakon cantik, Uqasha Senrose ada terlibat didalam pementasan teater Ombak Rindu, dan sekeping gambar yang juga salah satu babak di dalam teater tersebut menunjukan Keith Foo menyentuh pipi beliau telah dimuat naik di laman Instagram.

Peminat Bengang Keith Foo Sentuh Uqasha Senrose

Disebalik kata-kata pujian lakonannya di dalam teater itu, terdapat beberapa peminat yang tidak senang dengan tindakan pelakon itu yang membiarkan Keith Foo menyentuh pipinya kerana imejnya yang bertudung. Rata-rata mengkritik Uqasha yang seolah bertudung kerana fesyen.

Nampaknya ruangan komen menjadi medan perbalahan pada masa kini apabila, ada yang tampil mempertahankan pelakon kesayangan mereka itu dengan mengatakan tindakan Uqasha dibuat kerana tuntutan kerja dan karekter supaya cerita yang disampaikan nampak lebih nyata.

Post a Comment

Previous Post Next Post