Pengadil gay sepanyol tak tahan dicemuh akhirnya berhenti

Pengadil gay Sepanyol menamatkan kariernya selepas berulang kali menjadi sasaran cemuhan dalam perlawanan kerana orientasi seksnya.

Pengadil gay Sepanyol akhirnya berhenti

Pengadil gay Sepanyol akhirnya berhenti

“Saya sudah tidak boleh bertahan,” kata Jesus Tomillero kepada The Associated Press semalam.

Tomillero berkata ejekan bermula sejak 18 bulan lalu apabila dia membuat kenyataan dalam media sosial sebagai gay.

Dia berkata penyokong dan kakitangan kejurulatihan mengejeknya dalam liga wilayah Andalusia dekat selatan Sepanyol ketika dia menjadi pengadil.

Pengadil sambilan berusia 21 tahun itu yang juga pelayan restoran berasakan dia tidak lagi mendapat sokongan daripada organisasi bola sepak tempatan yang membayar gajinya.

Rafael Jimenez, jurucakap Persatuan Bola Sepak Andalusia, berkata dia memberi sokongan penuh terhadap Tomillero dan mahu dia terus menjadi pengadil. – AP

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post