Pergunakan anak sendiri, Lara Alana untuk raih pendapatan, ini jawapan Awal Ashaari

Pengacara Awal Ashaari menyangkal dakwaan mempergunakan anaknya Lara Alana yang berusia dua tahun untuk meraih keuntungan dengan menjadikannya model duta produk.

Awal, 35, sebaliknya menjelaskan dia dan isterinya Scha Al-Yahya akan menapis setiap tawaran diberikan melainkan ia bersesuaian dengan umur anaknya itu.

Pergunakan anak sendiri, Lara Alana untuk raih pendapatan, ini jawapan Awal Ashaari

Pergunakan anak sendiri, Lara Alana untuk raih pendapatan, ini jawapan Awal Ashaari

“Rasanya istilah menjual anak itu agak kasar kerana sebagai ibu-bapa kami sentiasa memastikan tawaran yang datang ditapis terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya bersetuju.

“Bagi saya tawaran yang datang adalah rezekinya dan kebanyakannya ia turut melibatkan kami sebagai sebuah keluarga,” katanya kepada mStar Online.

Awal berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran koleksi pakaian raya Schawalara X Jakel di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Awal berkata, kesemua bayaran yang diterima disimpan dalam akaun Lara untuk kegunaan kanak-kanak itu pada masa hadapan.

Bagaimanapun kata Awal, apabila Lara memulakan pra-persekolahan dalam masa dua tahun lagi dia mahu anaknya itu menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

“Saya secara dasarnya tidak pernah merancang rezeki anak saya dan Alhamdulillah semua pendapatan saya masukkan ke dalam akaunnya untuk kegunaan masa depan dia.

“Bagaimanapun ia bukan untuk jangka panjang kerana saya juga mahukan kehidupan normal buatnya,” jelas Awal.

Bercakap mengenai Schawalara, Awal berkata, pada awalnya dia ingin mengeluarkan koleksi baju Melayu miliknya sendiri namun ia melibatkan kos yang tinggi membuatkan dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Sumber : Mstar

Post a Comment

Previous Post Next Post