Rakyat Belanda boikot produk Israel, kerajaan Belanda tolak permintaan Israel haramkan kempen boikot

AMSTERDAM: Kerajaan Belanda baru-baru ini telah menolak permintaan Israel untuk mengisytiharkan pengharaman kempen antarabangsa yang dilihat semakin memuncak memboikot produk Israel.

Menurut Menteri Luarnya,  Bert Koenders berkata, kerajaan Balanda telah pun memberitahu kepada Tel Aviv bahawa rakyatnya mempunyai hak untuk menyertai kempem boikot, lupus dan sekat (BDS) itu kerana ia adalah satu bentuk kebebasan bersuara yang diamalkan di negara tersebut.

Belanda merupakan negara kedua di Kesatuan Eropah (EU) yang mengumumkan sokongannya terhadap hak rakyat untuk menyertai kempen BDS menentang rejim Zionis.

 

Sumber: Siakapkeli.my

Post a Comment

Previous Post Next Post