Video iklan lelaki kulit hitam dicuci menjadi putih dikecam

Iklan strategi pemasaran sebuah jenama sabun tempatan yang menampilkan wanita ‘mencuci’ seorang lelaki berkulit hitam di China, dikecam kerana seolah-olah mempromosikan unsur perkauman.

Video: Iklan Lelaki Kulit Hitam ‘Dicuci’ Dikecam

Video: Iklan Lelaki Kulit Hitam ‘Dicuci’ Dikecam

Video yang mencetuskan fenomena menerusi laman sosial Weibo itu menerima pelbagai kritikan dan turut mengundang tuduhan bahawa rakyat negara itu begitu taksub dengan warna kulit cerah.

Menerusi iklan berdurasi 50 saat, seorang lelaki dilihat sedang cuba memikat seorang wanita China, namun wanita itu memanggilnya dan kemudian memasukkan sabun basuh ke dalam mulut lelaki itu.

Wanita itu kemudian memaksanya lelaki berkenaan masuk ke dalam mesin cuci dan “dibasuh” sebelum keluar semula dan bertukar menjadi seorang lelaki tipikal China yang berkulit cerah.

Iklan komedi tersebut dianggap berbaur rasis waima menjadi viral menerusi beberapa laman sosial antarabangsa termasuk Facebook.

“Kakitangan pemasaran di China tak diajar tentang bangsa?” kata seorang netizen tempatan.

“Kalau anda tak faham mengapa iklan ini rasis, tahniah. Anda seorang rasis,” kata seorang pelayar Weibo.

Syarikat di sebalik iklan berkenaan, Qiaobi masih belum memberi sebarang respons terhadap kecaman tersebut.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post