Video lelaki lompat pagar untuk ke kedai runcit dilanggar train ETS sampai berkecai

Seorang lelaki maut dengan mayatnya berkecai selepas dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ketika cuba melintas landasan kereta api itu dalam kejadian di Kilometer 110.45 Kodiang-Anak Bukit, berhampiran Megat Dewa, dekat sini petang tadi.

Lelaki berkecai dilanggar ETS

Lelaki berkecai dilanggar ETS

Mangsa, Mohd Afendy Yaziz, 20, yang menetap di Megat Dewa, Kodiang, dekat sini, dipercayai seorang penganggur.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 4.40 petang itu, mangsa bertindak melompat pagar untuk pergi ke kedai runcit di seberang landasan sebelum dilanggar kereta api terbabit yang datang dari arah Arau ke Jitra, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan, Abd Rahim Abdullah, ketiak mengesahkan kejadian, berkata cebisan mayat mangsa bertaburan sejauh satu kilometer di atas landasan berkenaan.

Beliau berkata, cebisan mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan. Akibat kejadian itu, kereta api berhenti hampir setengah jam sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post