3 Pengebom berani mati letupkan diri di lapangan terbang Turki, 31 maut

Mayat dilihat bergelimpangan di luar lapangan terbang Ataturk di Istanbul selepas letupan, 28 Jun 2016. — Foto Reuters

Mayat dilihat bergelimpangan di luar lapangan terbang Ataturk di Istanbul selepas letupan, 28 Jun 2016. — Foto Reuters

ISTANBUL, 29 Jun — Sekurang-kurangnya 31 orang telah disahkan maut dan 147 lagi tercedera dalam satu serangan di lapangan terbang utama Istanbul, menurut saluran berita HaberTurk yang memetik Menteri Kehakiman Bekir Bozdag.

Tiga pengebom bunuh diri dilaporkan melepaskan tembakan ke arah orang awam sebelum meletupkan diri sendiri di lapangan terbang antarabangsa itu, lapor agensi berita Reuters.

Pihak polis terlibat dalam adegan tembak-menembak untuk menghentikan penyerang tersebut sebelum mereka tiba di kawalan keselamatan di balai ketibaan, namun mereka telah meletupkan diri terlebih dahulu.

Beberapa saksi menceritakan terdapat dua letupan yang berlaku, tetapi Gabenor Istanbul Vasip Sahin menjelaskan bahawa pihak berkuasa percaya terdapat tiga pengebom.

Masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, yang merupakan serangan bom bunuh diri terbaru tahun ini.

Agensi berita Dogan memetik sumber polis mendakwa serangan tersebut berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS), tetapi pihak kerajaan Turki menjelaskan masih terlalu awal untuk menyalahkan sesiapa.

Serangan tersebut lebih kurang sama dengan serangan bunuh diri oleh militan IS di lapangan terbang Brussels bulan Mac lalu yang membunuh 16 orang.

Satu serangan yang dirancang juga menyasarkan keretapi metro di bandaraya Belgium tersebut, mengakibatkan 16 lagi maut.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post