Ahli perniagaan mati ditembak penembak profesional bermotosikal 10 kali selepas bayar tol

Seorang ahli perniagaan mati selepas ditembak ketika sedang memandu berhampiran Plaza Tol Sungai Rasau, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.35 petang itu, mangsa, 43, dipercayai dari arah Klang menuju ke rumahnya di Kajang.

Bagaimanapun, selepas membayar tol menggunakan kad Touch N Go, mangsa ditembak oleh individu bermotosikal hingga menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan.

“Hasil siasatan, polis menemui 10 kesan tembakan di bahagian luar kereta mangsa manakala enam tembakan di badan mangsa.

“Polis yakin suspek adalah seorang penembak profesional berikutan ketepatan tembakannya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post