GOLONGAN ANTI-VAKSIN SELFISH!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hmmm semua taknak. Kalau tak chocolate tu 10 (ini perumpamaan ada plak yg tak paham. Anak saya mmg dikontrol mkn junk food) pun dia boleh habiskan skali makan ( 2-3 bulan sekali je bagi).
Semalam mum paksa dia makan chocolate tu sebab dia langsung takde energy. Habis lah 1 keping setengah. Pagi ni langsung taknak apa2. Susu pun taknak
Paediatrician cakap kalau esok masih demam kena warded. Result blood test ok cuma platlet rendah sikit & sel darah putih pun tinggi sikit.
Demam disebabkan virus. Patutla antibiotik tak berkesan. Doc GP klinik mmg suka bagi antibiotik kan tanpa buat blood test. Patutnya kanak2 bawah 6 tahun penggunaan antibiotik perlu dikawal sbb akan melemahkan antibodi semulajadi mereka. Antibiotik hanya untuk penyakit disebabkan bacteria!
1st time bwk Amanda gi klinik (hari ke-2 demam) jumpa Doc biasa (GP) last week sbb mum busy sgt sorry my dear. Kalau tak sure terus bawa jumpa paediatrician sbb biasanya demam 2 hari trus jumpa paed. Mum pun dah tanya Doc tu perlu ke antibiotik and Doc jawab perlu sbb demam bacteria mum pun silap percaya Doc GP tu 100% . Sbb before this mum jumpa Paediatrician semua buat blood test dulu baru paed decide perlu bagi antibiotik or not. My advice anak2 bawah 6 tahun kalau demam lebih 3 days tolong bawa terus jumpa Paediatrician bukan Doc GP. Saya menyesal sangat sebab last week tak sempat bawak Amanda jumpa Paed (hari ke-6 demam baru jumpa paed) macam kebiasaan bila dia demam. Regret coz bagi dia habiskan Antibiotik yang Doc GP Klinik biasa bagi
My Paed cakap virus yang serang Amanda ni tiada rawatan and Paed tak bagi ubat pun walaupun antibiotik. Paed cakap virus biasa dan biar antibodi Amanda lawan virus itu sendiri. Tapi Paed cakap trend kebelakangan ni virus tu bertahan dalam badan sehingga 7 hari. Kalau dulu virus mcm ni 3 hari je. Sebab tu dulu budak demam disebabkan viral fever 3 days paling lama. But now up to 7 days! Virus makin kuat sekarang. Kenapa??? Sebab ada segolongan ibu2 yang memperjuangkan ANTI-VAKSIN!!
.
IBU ANTI-VAKSIN ni sebenarnya SELFISH!! Konon nak ikut zaman Nabi dulu takde vaksin2 ni. Nak amalkan makanan sunah je konon. Tau tak zaman dulu mana ada penyakit2 and virus-virus yang semakin menggila ni??? Sebab tu lah zaman Nabi takde vaksin. Sekarang contohnya virus yang bertahan dalam badan 3 hari pun jangka hayat dia dah jadi 7 hari dalam badan!.
.
Patutnya anak-anak yang tak di vaksin ni jangan bawak ke public area sebab anak anda penyebar virus! Sekarang banyak penyakit yang sudah lama tak wujud kat Malaysia ni kini wujud kembali disebabkan golongan SELFISH ni. Konon anak sihat tanpa vaksin pastu bawak anak gi jalan merata2 sampai ke overseas then bawak balik segala penyakit yang dah tak wujud kat Malaysia ni semula
Wahai IBU-IBU SELFISH, tahu kah anda imunisasi adalah HARUS (tapi tak wajib), kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar. Oleh hal yang demikian penggunaan vaksin dalam imunisasi itu adalah HARUS dari segi SYARAK.
Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. dalam surah
Al- Baqarah, ayat 195 :
ولاتلقوابأيدكم الى التهلكة
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan”.
Maka sebelum kita memutuskan sesuatu itu haram & tidak boleh, kita
perlu ada ilmu yg mendalam & dalil yg cukup.
Saya ingin bertanya, adakah semua yg tanpa logo halal itu…Haram???
Ada beberapa produk yg diluar kuasa jakim utk mmberikan logo halal spt
ubat2an. Adakah anda pernah lihat logo halal pada antibiotik?? Pernah tak nampak logo halal pada bungkusan Nasi Lemak tepi jalan????
Sedangkan semua vaksin yg diperkenalkan di malaysia telah mendapat hukum penggunaannya drpd mereka yg arif, & bukan orang2 biasa.
Tapi ibu-ibu selfish ini dengan mendabik dada bagi tau anak2 mereka bebas vaksin dan sihat lalu heret anak itu kesana-sini. Memang la anak anda sihat sebab anak anda berada di kalangan majoriti populasi yg mengambil vaksin! Cuba anda buat 1 negeri khas utk anti-vaxx tgk populasi anda mcmana??? Dah cuba???? Tapi tak sebaliknya hantar ke sekolah public untuk menyebarkan penyakit-penyakit tersebut kepada anak-anak lain.
Tapi betul ke anak anti-vaxx sihat?? Sila rujuk hospital. Tanya mereka berapai ramai anak kecik mati akibat sejarahnya tidak mengambil vaksin?? Saya tak dpt kluarkan statistics tapi saya ada jumpa sorang ibu anti-vax kematian anak yg tak ambil vaksin pneumococcal. Ye mati! Dia menyesal dan skrg dia tgh memperjuangkan vaksin pneumococcal!! Anak baru hidup 1 tahun lebih! Dia tak bagi pun coklat & air dutclady ye puan-puan anti-vaxx. Tapi mesti anti-vaxx alan cakap “ala dah ajal dia”… Hamboi….senangnya cakap
Memang betul anak-anak lain dah divaksinkan. Tapi vaksin hanya menguranglan risiko lebih besar iaitu KEMATIAN! Tapi still anak-anak akan demam ketika badan mereka melawan virus dan demam itu sangat memberikan kesan buruk kepada anak-anak bawah 6 tahun terutamanya. Macam Amanda ni dia taknak makan, tiada energy, taknak minum dan kemungkinan akan dehydrated. Proses badan dia ketika melawan virus tersebut telah membantutkan proses tumbesaran dia! Sepatutnya 7 hari ni dia boleh explore macam2 lagi disekeliling dia!
Oh anak-anak yang takde vaksin terutamanya bayi yang belum cukup imunisasi dan masih lemah antibodi, kebarangkalian untuk kematian adalah tinggi!! Jadi ibu yang selfish tu jangan sibuk bawak anak anda pergi melawat orang yang baru lepas bersalin. Duduk je kat rumah tu senyap-senyap
Vaksin bertindak melalui 2 jenis:
1) Vaksin yg menggunakan particle/sebahagian protein dari kuman & ia dimasukkan ke dlm tubuh kita.
Apabila tubuh kita mengenal bhgn tersebut, tubuh akan menghasilkn antibodi yg spesifik utk kuman tersebut. Apabila kuman sebenar datang menyerang, antibodi yg telah terhasil sebelum ini melalui proses vaksin tersebut akan melawan kuman yg menyerang kerana antibodi tersebut telah bersedia ketika proses vaksin dahulu.
2) Vaksin yg menggunakan virus hidup yg telah dilemahkn…macam ular yg dah hilang bisa. Virus hidup ini dimasukkan ke badan kita & tubuh kita akan menghasilkan antibodi yg juga specifik kpd virus tersebut. Contohnya, mumps rubella, measles…tapi, sbb kuman ni dah lemah, antibodi yg dihasilkn oleh tubuh akan membunuhnya.
Tubuh kita ada memory cell yg akan menyimpan data tentang kuman yg kita telah terdedah secara natural @ vaksinasi. Tapi, bila kuman menyerang secara natural (real), hakikatnya lebih sakit & boleh bawa kematian kpd bayi @ kanak2 yg belum kuat sistem imunisasi tubuhnya.
Apabila telah diberikan vaksin, memory cell akan menyuruh semua askar tubuh kita menghasilkn antibodi & membunuh kuman yg menyerang.
Justeru, vaksinasi adalah langkah pencegahan terbaik sblm ramai kanak2
dijangkiti. Malah, kuman zaman sekarang banyak yg sudah kebal antibiotic.
Saya percaya sangat dengan penyusuan ibu sangat baik untuk bayi. Sebab itu saya berjuang dlm penyusuan ibu untuk Amanda & Danish dulu. Namun, bukan semua antibodi yg
specific utk semua kuman di dunia ada dalam susu ibu. Yang banyak dlm susu ibu adalah IgA yg menghalang perlekatan kuman & toksin terutama dlm usus bayi.
Namun, antibodi yg specific spt IgM & IgG hanya sedikit. Kandungannya amat bergantung kpd kandungan antibodi specific dlm tubuh ibu. Jika ibu tiada antibodi e.g pertusis & bayi pula dijangkiti pertusis….bayi akan mengalami simptom yg boleh membawa maut!!
Kita orang dewasa punya askar yg kuat utk melawan kuman…tetapi bayi dan todler tidak kuat!! Malah, vaksin yg kita dapat semasa kecil bukannya mmberi perlindungan sepanjang hayat..antibodi yg terhasil dulu sudah berkurangan dlm tubuh kita. Justeru, para ibu janganlah ingat kita ada semua antibodi dr vaksin yg kita pernah dapat. Kita orang dewasa bolehlah mengamalkan semua mknn sunnah spt madu, kurma…tpi bayi kecil belum boleh diberikan mknn tersebut. Mereka perlu dibantu dgn pemberian vaksin juga utk mencegah.
Adakah anda diantara IBU-IBU SELFISH? Anda ambil vaksin masa kecik tapi anak-anak anda tak diberi vaksin?? Dan perlu ingat Anak-Anak anda akan membawa kerosakan besar kepada masyarakat kita dari segi kesihatan nanti! Kalau berkeras taknak vaksin simpan anak anda di rumah.
sekali lagi VAKSIN HUKUMNYA HARUS DARI SEGI SYARAK!!
Note: Ada ibu anti-vaxx kata saya bagi makanan & minuman virus pada anak saya iaitu cadbury & susu coklat dutchlady ni (ni pun last resort sbb nak paksa dia telan sesuatu. Lagipun dia tak makan pun coklat & susu tu time ni sbb mmg xde selera langsung.) sedangakn paediatrician yang suruh Amanda makan coklat sebab dia langsung taknak makan so paed suruh bg coklat untuk energy dia. Sebab tu Amanda sakit. Betul ke??? Kesian pakar kanak-kanak tu ilmu yg diberi disangkal oleh doctor ikutan ni. Sbb abangnya pun consume benda yg sama tapi abg tak pernah warded sakit. Hmmm macam2 fatwa mereka ni. Terlalu ikut DOCTOR GROUP FB & GOOGLE.
Saya perlukan mereka dari Anti-Vaxx untuk memberi fakta yang 100% sahih dimana mereka dari golongan saintis bidang vaksinologi untuk menegakkan fakta yg anti-vaxx ini pertahankan. Bukan dari saintis ikut-ikutan ye. Tapi so far saya tak jumpa pun anti-vaxx ini seorang saintis
Sumber: Sheila Samsudin