Anak Zahid Hamidi, Nurulhidayah luah kesedihan pemergian suami tercinta menerusi lirik lagu

BUKAN mudah untuk menerima perginya insan tersayang dalam hidup. Begitulah juga buat Nurulhidayah Ahmad Zahid yang meluahkan kesedihan di atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Nurulhidayah luah kesedihan menerusi lirik lagu

Nurulhidayah luah kesedihan menerusi lirik lagu

Petikan lirik lagu yang dimuat naik di laman akaun Instagramnya mungkin adalah gambaran kepada hati anak sulung Timbalan Perdana Menteri itu.

Lagu nyanyian Kaer Azami, Izin ku pergi itu dipaparkan bersama gambar beliau berada di pusara suaminya, hari ini.

“Sinaran mata cerita segala-galanya; Duka lara terpendam; Memori semalam.

“Tinggal segala cinta; Tiada kembalinya abadi kasih kita; Kau bawa bersama

“Mimpi indah mekar; Saat cinta bersemi; Sedetik asmara syurga selamanya,” antara lirik lagu dimuat naik Nurul Hidayah.

Posting beliau mendapat perhatian netizen yang turut meluahkan simpati di atas kesedihan yang ditanggung Nurul Hidayah.

Syed Alman Zain meninggal dunia pada Rabu akibat sesak nafas selepas mendapatkan rawatan gigi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Syed Alman Zain tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di sebuah klinik pergigian di Bangsar, di Kuala Lumpur.

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post