Hanya penumpang sahaja boleh rakam pemandu langgar peraturan jalan raya

Hanya penumpang kenderaan dibenar merakam gambar jika mendapati pemandu kenderaan lain melanggar peraturan jalan raya bagi membantu pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan ketika musim perayaan.

Penumpang kenderaan dibenar rakam gambar pesalah jalan raya

Penumpang kenderaan dibenar rakam gambar pesalah jalan raya

Penumpang kenderaan dibenar rakam gambar pesalah jalan raya

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd Fadhil Hassan, berkata menjadi kesalahan apabila pemandu merakam gambar pemandu kenderaan lain yang melanggar pelbagai peraturan jalan raya, malah ia boleh dikenakan denda.

“Jika ternampak pemandu buat kesalahan di jalan raya seperti menggunakan lorong kecemasan, tidak memakai topi keledar, memotong barisan dan langgar lampu merah, kita boleh meminta penumpang sebelah atau yang berada di dalam kenderaan mengambil gambar.

“Rakaman gambar itu pula boleh dihantar berserta maklumat seperti lokasi, tarikh, masa dan nombor pendaftaran kenderaan ke laman web rasmi kita di www.jpj.gov.my.

Jadi, ini bermakna pemandu kenderaan sendiri tidak dibenarkan merakam gambar pemandu lain yang melakukan kesalahan itu,” katanya pada program konvoi Jelajah Sahur JPJ yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Sazali Muhd Din ke beberapa rumah golongan memerlukan sekitar Paya Rumput, di sini, bermula jam 11 malam hingga jam 3 pagi tadi.

Mohd Fadhil berkata, operasi penguatkuasaan pada musim perayaan kali ini lebih tertumpu kepada pemeriksaan bas di hentian terminal tertentu berikutan ramai menggunakan pengangkutan awam itu untuk pulang ke kampung masing-masing.

“Selain itu, anggota Skuad Muda 1JPJ turut ditempatkan di kawasan rehat dan rawat (RnR) bagi membantu menjalankan kempen penguatkuasaan ketika musim perayaan,” katanya.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post