Ingatkan tak ada elektrik, rupanya perompak datang pecah pintu dan terus tetak muka

Sepasang suami isteri cedera di tangan, kaki dan muka selepas ditetak  penyamun bersenjatakan parang  di rumahnya  di Kampung Hulu Kekabu dekat  Kampung Guntung, di sini,  kira-kira jam  3.30 pagi tadi.

Ingatkan rumah tak ada elektrik, rupa-rupanya...

Ingatkan rumah tak ada elektrik, rupa-rupanya…

Dalam kejadian tersebut, mangsa Zaromi Mohd Zain, 48, dan isteri, Zubaidah Mat, 54, diserang dua lelaki yang menceroboh rumah mereka selepas bertindak menendang pintu utama rumah.

Anak mangsa, Mohamad Zainiman, 23, berkata, sebelum  kejadian kira-kira jam 3 pagi, dia yang sedang tidur di dalam sebuah bilik tersedar apabila berasa panas dan mendapati rumah gelap akibat terputus bekalan elektrik.

Menurutnya, dia keluar ke ruang tamu dan mendapati bapanya yang sedang tidur di ruang tamu turut terjaga.

“Pada mulanya kami menyangka bekalan elektrik terputus namun selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba ayah dan saya terdengar bunyi pintu dapur rumah seperti ditendang.

“Kami terkejut dengan bunyi kuat itu  tetapi belum lagi  mengesyaki sesuatu buruk  sebelum suspek beralih menendang pintu utama rumah selepas gagal membuka pintu dapur itu,” katanya yang ditemui  di rumahnya, hari ini.

Mohamad Zainiman berkata lagi, selepas menyedari rumahnya ditendang penjenayah, dia bersama bapa , ibu dan seorang adiknya bertindak menahan pintu itu dari dalam rumah untuk mengelak penjenayah dapat membuka dan masuk.

Namun suspek terus bertindak menendang pintu  menyebabkan ensel pintu tercabut ditambah pula bapanya yang cedera parah di tangan ketika menahan pintu itu akibat dilibas oleh suspek menggunakan parang melalui celah pintu yang terbuka .

“Dalam keadaan gelap dan kelam kabut itu, akhirnya suspek berjaya masuk ke dalam rumah kemudian terus menetak muka ayah saya yang sudah terjatuh.

“Saya dapat melihat  kedua-dua suspek memakai helmet  dan menutup muka dengan kain berdasarkan cahaya lampu suluh yang diguna suspek.

“Saya juga nampak sebilah parang panjang  di tangan salah seorang daripada mereka dan seorang lagi memegang objek menyerupai pistol,” katanya yang mengakui sakit badan dan pinggang setelah ditendang  beberapa kali oleh suspek.

AKAN MENYUSUL

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post