Isu gadis hijab bertatu, giliran Abang Long Fadhil bersuara

Bekas gengster Singapura, Abang Long Fadhil meminta orang ramai tidak membuat tanggapan salah terhadap gambarnya bersama seorang wanita bertudung dan bertatu di muka yang tersebar di laman sosial.

Jangan salah anggap gambar viral

Jangan salah anggap gambar viral

Beliau atau nama sebenarnya Muhamad Fadhil Husin, 29, turut kesal tindakan segelintir yang mereka-reka cerita dan membuat andaian kononnya wanita dikenali sebagai Fyka Sam itu adalah pasangannya.

Baca artikel sebelum: Gadis hijab bertatoo yang bergambar dengan ‘Abang Long Fadhil’ akhirnya dedah siapa dirinya

“Kami bertemu dalam sesi fotografi di sebuah butik di Johor Bahru kira-kira dua minggu lalu. Saya dijemput ke butik berkenaan sementara wanita itu adalah model jubah wanita butik sama.

“Saya harap orang ramai tak salah anggap pada saya. Jangan suka-suka hati bikin cerita. Kalau nak tahu cerita sebenar tanya saya dulu sebelum suka hati sebar atau viralkan cerita tak benar,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pasti niat pihak berkenaan memuat naik gambar berkenaan.

“Saya harap jangan ada yang buat spekulasi. Saya kesal kerana gambar itu boleh memberi tanggapan buruk terhadap diri saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Muhamad Fadhil juga meminta orang ramai tidak memperlekehkan penghijrahannya, sebaliknya meminta dibimbing dan didoakan supaya terus istiqamah dalam setiap perkara kebaikan dilakukan.

“Penghijrahan saya bukanlah untuk dipermainkan.  Saya perlukan sokongan serta doa semua orang supaya saya istiqamah,” katanya.

Sementara itu, sebaik sahaja gambar berkenaan tersebar minggu lalu, wanita yang dikatakan tidak bertatu tersebut turut membalas kenyataan dalam ruangan komen dan mengaku gambar diambil ketika satu sesi fotografi.

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post