Ketua Pesuruhjaya SPRM bakal letak jawatan Ogos ini?

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilaporkan akan bersara awal pada Ogos ini.

Menurut sumber, Abu Kas­sim, 56, tidak meneruskan khid­mat sebagai ketua pesu­ruh­ja­ya walaupun kontrak beliau se­patutnya tamat pada 2018.

Ketua Pesuruhjaya SPRM letak jawatan Ogos ini?

Ketua Pesuruhjaya SPRM letak jawatan Ogos ini?

Ketua Pesuruhjaya SPRM letak jawatan Ogos ini?

Manakala persaraan wajib be­liau daripada perkhidmatan awam adalah pada tahun 2020.

“Abu Kassim dijangka mem­buat pengumuman esok (hari ini),” kata sumber itu.

Bagaimanapun sumber berkenaan tidak menyebut punca Abu Kassim berbuat demikian.

Sebelum ini pernah timbul desas-desus Abu Kassim akan diganti atas masalah kesihatan.

Spekulasi beliau akan diganti sekali lagi timbul selepas agensi itu menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Namun, SPRM menge­luarkan kenyataan menafikan perkara itu bahawa Abu Kassim ‘tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak’ dan hanya akan berundur atas keputusannya sendiri.

Abu Kassim pernah menegaskan bahawa siasatan suruhanjaya terhadap dua kes tersebut telah dijalankan secara bebas dan menyifatkan siasatan berkenaan sebagai ‘dua kes yang paling mencabar dalam kerjaya beliau.’

Sementara itu Abu Kassim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, sebaliknya akan membuat kenyataan media.

Beliau juga mengakui sudah pulih sepenuhnya daripada pembedahan yang dijalankan sebelum ini.

Abu Kassim memulakan kariernya sebagai seorang Pegawai Penyiasat di Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia pada tahun 1984.

Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (1) SPRM sebelum dilantik ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Januari 2010.

Beliau yang telah berkhidmat di SPRM lebih 30 tahun juga merupakan Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA).

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post