Lagi tragedi eskalator: Tangan kanak-kanak perempuan 3 tahun tersepit eskalator di pasaraya Ayer Keroh

Lagi tragedi eskalator: Tangan kanak-kanak perempuan 3 tahun tersepit eskalator di pasaraya Ayer Keroh

Lagi tragedi eskalator: Tangan kanak-kanak perempuan 3 tahun tersepit eskalator di pasaraya Ayer Keroh

Lagi tragedi eskalator: Tangan kanak-kanak perempuan 3 tahun tersepit eskalator di pasaraya Ayer Keroh

MELAKA 15 Jun – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun berdepan detik-detik mencemaskan apabila tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya di Ayer Keroh di sini malam ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mangsa bersama keluarganya datang ke pasar raya itu untuk membeli-belah dan sewaktu melalui kawasan eskalator tersebut, mangsa tiba-tiba tersepit bahagian tangan kanannya.

Menurut Pegawai Pengurusan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd. Din, mangsa, Iman Sumaiyah Masri, 3, mengalami luka iaitu melecet pada tangan kanannya berikutan kejadian itu.

“Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 10.02 malam dan sepasukan 12 anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ashraf Abdullah bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa dan kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Pantai di Ayer Keroh untuk menerima rawatan atas permintaan keluarganya,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurut Kamarulzaman, mangsa dihantar ke hospital dengan jentera Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dan pihaknya sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

Beliau turut menasihatkan para ibu bapa supaya berhati-hati dan sentiasa mengawal anak mereka ketika menggunakan eskalator khususnya ketika membeli-belah menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya lagi, pihaknya telah meminta pengurusan pasar raya itu supaya sentiasa membuat penyelenggaran dan memantau peralatan tersebut bagi mengelak kejadian itu daripada berulang.

 

 

Sumber : UTUSAN ONLINE

 

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post