Muncul hanya dua kali sebulan, ada ‘pulau rahsia’ di Selangor! (VIDEO)


JERAM, 23 Jun — Anda mungkin tidak percaya, di tengah-tengah Selat Melaka wujud satu “pulau rahsia” yang hanya muncul dua kali sebulan, iaitu ketika bulan penuh dan bulan baru.

Pulau tidak bernama itu boleh dilawati melalui perjalanan bot selama 30 minit dari jeti perkampungan nelayan di Jeram, Selangor.

Ada juga yang menggelarnya seperti dataran garam Uyuni, keindahan alam semulajadi di Bolivia yang terkenal kerana pantulan seperti cermin imej langit di permukaan dasar perairan.

Selain keindahan panorama, pulau itu juga merupakan tempat tinggal organisme hidupan laut.

Namun pelawat diharap dapat memelihara sistem ekologi kawasan itu, dengan:

1. Jangan bawa pulang sebarang hidupan laut termasuk kerang, terumbu dan rumpai laut.

2. Hati-hati ketika berjalan di pantai kerana anda pastinya tidak mahu terpijak dan memusnahkan hidupan laut.

3. Bawa pulang sampah anda kita meninggalkan pantai.

Jadi jika anda merancang untuk melawat ke sana, pastikan anda hanya mengambil gambar dan tinggalkan jejak.

LIHAT VIDEO DISINI

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post