Mungkin ramai di antara korang yang pernah mendengar atau mengalami sendiri kejadian aneh dan seram yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2). Siapa yang selalu guna jalan tu untuk balik ke kampung memang takkan berani drive sorang-sorang terutama waktu malam. Dahla jalan gelap, sunyi pulak tu. Seram beb!
Seperti yang dialami brader ni, tiba-tiba nampak curahan darah dan sekujur tubuh kanak-kanak yang mengerikan kat atas jalan raya. Sepanjang jalan asyik ternampak tompokan darah tu je!
Dari marang kami lalu jalan dalam sampai keluar ke exit tol Ajil, jalan dalam sini sangat gelap dan sunyi
Salam Ramadhan buat semua.
Ni status susulan status pagi tadi masa den upload lepas sahur.
Oklah. Nak kata seram macam tak seram sangat. Then nak kata dah kena ikat macam tak kena ikat. Apa-apa pun ini pengalaman kedua sebenarnya kena di jalanraya. Ok mai nak cerita dari mula sampai habis.
Jam 8.35 malam : Lepas dah buat tempat tidoq anak-anak dalam Hellfire Puteh gua tu dengan baringkan semua kerusi dan hampar toto (memang kalau long distance buat camni dekat depa). Tepat jam 8.35 malam kami pun bertolak dari Marang.
Dari marang kami lalu jalan dalam sampai keluar ke exit tol Ajil. Jalan dalam sini pun super gelap tapi buat biasa je la. Bermula atas LPT2 macam-macam la dok borak dengan mem sambil makan satar. RM16 satar dok makan berdua. Then Mifzal join kejap makan dua tiga ketul. Aku drive, Zue dekat sebelah mengupas satar then suap. Makan dan bercerita termasuk la cerita bab LPT2 ni dekat Zue.
Bila aku pusing ja depan balik aku hanya mampu ucap. ALLAH!
Bila start dia cakap, ‘Sunyikan highway ni bang. Tak ramai orang guna pun’
Aku pun cerita la kes kemalangan atas LPT2 ni yang aku tahu sampai ke kes yang harimau kena langgar tu.
Then Zue pun sambut, ‘memang hutan tebal sini kot sampai harimau pun naik highway’.
Aku pun cakap, ‘Tu la. Kena hati-hati. Tak boleh cakap besar. Tak boleh cakap pelik-pelik atas highway ni.’
Then aku cakap dah tak mau satar, dah kenyang. Waktu ni Zue pun lap-lap tangan gula tuala basah dan simpan la satar tu semua. Dia pun pusing ke belakang nak amik air. Dia cakap, ‘Abg ada gantung air sejuk ke dekat belakang seat dia tu?’
Aku pun paling la sekali tengok, air yang mana dia maksudkan. Bila aku pusing ja depan balik aku hanya mampu ucap. ALLAH! then aku terus diam.
Zue terus paling ke depan dan terkejut, dia mula la tanya macam-macam. Aku diam dan sambil baca apa yang patut. Dalam 10 minit gak aku tak layan dia bertanya tu. Last aku cakap, ‘Ayang tido lah…’ dia ni pulak tak sampai 1 minit terus terlena.
Aku nampak ada curahan darah macam baru lepas kena langgar, ada sekujur tubuh budak
Apa yang aku nampak? Ok. Alhamdulillah kalau kena bab-bab camni aku masih boleh berfikir dengan waras dan takda respon yang terkejut-terkejut. Critical thinking aku masih elok gak ram dia. Waktu aku nampak tu, aku terus jeling nombor KM di tepi jalan. Dan nombor dia KM333.6. Memang aku ingat sebab stail aku memang suka hafal nombor incase ada apa-apa yang jadi.
Aku nampak curahan darah macam baru lepas kena langgar atas lane kanan, depan sikit sekujur tubuh budak-budak yang mana tangan dia dah hilang isi-isi dan hanya tinggal tulang sahaja. Kepala dia di bawah besi divider tu. Dan dalam keadaan auto cruise aku tengah ON 120kmh time tu, aku tak sempat brake dan aku takmau mengelak. Aku redah dan waktu tu la yang terpacul hanya sepatah perkataan “Allah” dari mulut aku.
Dalam fikiran aku mula fikir. Inilah padahnya dok cerita bukan-bukan dekat Zue tadi. Tapi rupa-rupanya bukan setakat tu saja. Lepas Zue dah terlena, aku rasa ada something betul-betul tepi tingkap aku tapi aku langsung tak toleh. Dalam hati aku kuat dok kata ini bayangan perasaan aku ja nie. Then aku tengak ada cahaya samar-samar dari side mirror on passager side. Aku tengok side mirror tu, aku nampak ada something macam kain terlekat dekat bontot kereta aku.
Aku terus toleh ke belakang. Aku nak tengok terus kain apa. Time ni aku toleh tengok Zue dok tido. Cuma… Tudung dia macam dok toleh renung aku tepat. Aku cepat-cepat pusing depan. Rasa nak tau tu ada lagi, aku pusing sekali lagi. Then aku nampak mmg “tudung” Zue tu betul-betul tepi aku dekat arm rest dan Zue dok tido elok ja. Aku paling depan, beristighfar dan mula la baca macam-macam.
Akibat dah mula meremang bulu roma satu badan. Aku tepuk paha Zue perlahan-lahan. Aku kejut dia suruh tanggalkan tudung. Dia pelik, aku tak cerita apa lagi. Aku cakap, ‘nampak ayang macam tak selesa. Bukak la tudung. Lagipun dah gelap ni tak ada orang nampak.’ Dia buka tudung dan dia pun sambung tido.
Sepanjang highway aku nampak tompokan darah merah tu je
Tak sampai 3 minit dia tido, kali ni ujian aku kena lagi hebat. Sepanjang highway aku jumpa tompokan darah merah macam benda baru kena langgar tu. Sampaikan mata aku pun dah nampak merah ja sepanjang jalan. Aku amik air, aku minum. Takut sebab aku dah letih sangat kot jadi camni.
Sebab dah tak tahan aku terpaksa jugak kejut Zue. ‘Ayg. Bangun teman abg drive.’
Then Zue pun bangun. Dia tanya kenapa aku hanya diam seribu bahasa. Dah macam-macam soalan dia dok tanya aku tak jawab. Sepatah ja aku cakap, ‘takut’.
Dia tanya lagi, ‘Abg takut apa? Ha. Tadi apa yang abg nampak?’ Then aku balas, ‘Abg takut. Teman abg.’
Zue pun ajak la borak hal-hal lain tapi aku tak berapa respon. Last sekali aku ckp, ‘Ayg tengok jalan tar ni warna apa?’ Dia balas, ‘Kelabu la abg. Nape?’ Aku terus diam.
Lepas tu aku ckp, ‘Abg nak ayg tgk jeeee jalan tar ni ye.’ Ada la dalam 5 minit dia dok tengok. Timbul lagi tompokan darah yang seterusnya.
Aku cakap, ‘haa… Ayg nampak tadi atas jalan?’. Dia tanya, ‘nampak apa bang? Sama ja jalan tar ni.’
Lepas tu aku cakap, ‘takpe lah. Abg takut. Ayg jangan sambung tido terus teman abg borak.’
Waktu ni aku set auto cruise 110kmh dan duduk lane kiri ja. Perjalanan terus sampai lepas R&R perasing tu alhamdulillah dah tak ada gangguan dah.
Aku pun mintak Zue pulak yang drive sebab aku dah mengantuk. Dia sambung drive sampai la ke rumah. Kami sampai rumah jam 2.12 pagi dan masa atas katil baru aku cerita dekat dia. Dia cakap dia memang dah rasa pelik bila aku tiba-tiba tengah rancak bercerita dan tersebut Allah.
Dah sampai rumah try google pasal KM333, mengucap panjang bila tahu…
Masa nak tido aku terlintas nak google. Aku jumpa berita pasal kemalangan di KM333 tu jugak. Aku tunjukkan dekat Zue sambil mengucap panjang. Allah hai. Betul la abg ada eksiden katanya. Tapi eksiden tu berlaku pagi. Hmm. Wallahualam.
Sekian cerita aku
Ikhlas dan benar
Thanks sudi baca sampai habis
sumber: Hazir Haron
Via : Oh Bulan