Pelajar cemerlang tayang dapat biasiswa penuh kantoi pendatang asing

Seorang pelajar cemerlang dikecam hebat selepas memuatnaik foto graduasi bersama pengakuannya sebagai pendatang asing di Twitter.

Pelajar cemerlang kantoi status pendatang asing

Pelajar cemerlang kantoi status pendatang asing

Laporan Washington Post mengatakan Mayte Lara Ibarra, 17 memuat naik status tersebut bersama ikon bendera Mexico pada 3 Jun lepas.

“Pelajar cemerlang, 4.5 GPA, pengajian (bakal) dibiayai penuh di University of Texas, 13 medal, dan oh saya juga tidak direkodkan (sebagai rakyat Amerika Syarikat),” kata Mayte.

Status tersebut membawa ‘ribut’ dan majoriti pelayar laman sosial mengecam Mayte kerana ‘mengambil tempat rakyat Amerika Syarikat’.

“Tahniah atas kejayaan anda. Selepas kami menghalau anda, harap anda terus menjadi orang yang berguna,” kata Wolf di Twitter.

“Saya telah melaporkan status anda kepada Jabatan Immigran,” kata Fac Magna.

Tak cukup dengan itu, beberapa individu bertindak menyerbu lokasi Mayte bekerja sementara iaitu CVS Pharmacy.

Keadaan yang semakin tidak terkawal menyebabkan Mayte menutup akaun Twitternya.

Mayte kemudian mengaku berstatus pendatang asing dalam sebuah temu ramah.

Sementara itu, University of Texas tetap akan membiayai pengajian Mayte kelak.

“Undang-undang universiti tidak peduli perbezaan antara pelajar pendatang asing atau pelajar biasa,” kata kenyataan dari University of Texas.

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post