Rakyat Britain pilih keluar kesatuan eropah, pound sterling jatuh

Rakyat Britain hari ini memutuskan untuk mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas berada dalam kesatuan itu selama 43 tahun bermula 1973.

Rakyat Britain pilih undi keluar daripada EU

Rakyat Britain pilih undi keluar daripada EU

Memetik laporan BBC News, melaporkan, pungutan suara sama ada Britain sewajarnya meninggalkan EU adalah amat sengit tetapi 52 peratus undian memihak kepada kem ‘keluar’ daripada EU  berbanding 48 peratus undian yang diterima kem ‘kekal’.

Hasil undian itu memperlihatkan, kawasan pengundi dari England dan Wales mengundi untuk keluar daripada EU, manakala pengundi di London, Scotland dan Ireland Utara menyokong untuk kekal dalam EU.

Undian ini  adalah berdasarkan kiraan di 302 daripada 382 kawasan di seluruh Britain.

Dalam pada itu, pada masa yang sama hari ini telah menyaksikan mata wang Britain, pound mencapai paras terendah sejak lebih 31 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat selepas keputusan ini diumumkan.

Manakala,  Reuters pula melaporkan pasaran kewangan dunia menjunam berikutan keputusan awal pungutan suara yang rakyat Britain mahu negara mereka meninggalkan EU.

Sementara itu, undi hari ini akan menyaksikan permulaan sekurang-kurangnya dua tahun prosiding ‘perceraian’  Britain dengan EU.

Hasil keputusan ini telah menimbulkan pelbagai persoalan mengenai mampukah London kekal sebagai pusat kewangan global dan meletakkan tekanan ke atas Perdana Menteri, David Cameron untuk meletak jawatan, walaupun beliau berjanji semasa kempen untuk kekal tanpa mengira keputusan pungutan suara.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post