Rogol adik sendiri 3 kali, abang durjana dihukum penjara 30 tahun dan 30 sebatan

Penganggur berusia 20 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merogol adiknya, dua tahun lalu.

30 tahun penjara, 30 sebatan

30 tahun penjara, 30 sebatan

Ketika dijatuhkan hukuman oleh Hakim Mohd Yusoff Yunus, tertuduh hanya menundukkan wajahnya.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol adiknya masing-masing 10 tahun penjara dan 10 sebatan untuk setiap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Gong Serai, Padang Pak Amat, dekat Pasir Puteh, jam 4.15 petang, 18 Jun 2014.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa sama di pondok kosong di Permatang Rambai, jam 7 petang, 18 Jun 2014.

Pertuduhan ketiga, dia didakwa merogol mangsa sama di sebuah rumah di Kampung Gong Serai, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, jam 6 pagi, 19 Jun 2014.

Untuk ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fahrul Razi Zainal Abidin dan tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Faizal Hazim Abd Rahman.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post