Suami Ina Naim yang juga bekas vokalis In-Team dedah 4 anaknya tak pernah diberi vaksin malah cuma baca ayat al-Quran jika jatuh sakit

Seorang penyanyi nasyid mendedahkan empat anaknya bukan sahaja tidak pernah menerima imunisasi vaksin, malah malangnya cuma “diubati” dengan air bacaan ayat al-Quran jika jatuh sakit.

‘Tak suka’ vaksin, penyanyi nasyid cuma ‘baca Quran’ jika anak jatuh sakit

‘Tak suka’ vaksin, penyanyi nasyid cuma ‘baca Quran’ jika anak jatuh sakit

Suhaimi Saad, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team juga berkata keluarganya tidak mengambil sebarang ubatan dari klinik atau hospital, dan cuma memilih untuk berubat jika “darurat”.

“Empat orang anak saya tidak divaksin. Saya tak suka. Tapi anak orang lain, terpulang. Tiada halangan,” katanya dalam satu coretan awam di profail Facebooknya semalam.

“Bila anak sakit, saya ambil air dan bacakan ayat al-Quran. Beri minum atau sapu pada tempat sakit,” tambahnya.

Menurut Suhaimi, keluarga beliau cuma bergantung kepada menyusukan anak dengan susu ibu selama dua tahun, dan memberi tahnik dengan kurma dan madu.

Di samping itu, beliau mengaku cuma mengamalkan makanan yang dianggap “sunnah”, seperti jintan hitam yang juga dipanggil habbatus sauda yang kononnya “dapat mengubati segala penyakit”.

Menurutnya, beliau cuma tawakal kepada Allah, malah langsung tidak mengambil sebarang polisi insuran untuk keluarganya.

Namun, pandangan Suhaimi itu disukai lebih 9,000 pengguna media sosial itu, dan mengundang lebih 3,000 komen.

Berikut merupakan reaksi sinis daripada pengguna Facebook Malaysia yang mengecam pandangan anti-vaksin Suhaimi:

Zaid Shaharudin: Vaksin ni cara kita berwaspada. Kenapa kita naik motor pakai helmet kalau kita tahu Allah selalu lindung kita? Kenapa Nabi berperang pakai peralatan perang walaupun Baginda sentiasa dilindungi Allah? Sebab baginda berusaha melindungi diri walaupun Allah sentiasa ada untuk baginda.

Tolong buang mentaliti mcm ni. Kita usaha, Allah pun suruh kita usaha. Bukan semuanya bergantung atau tawakal pada Allah.

Amirah Shalah: Macam riak pula saudara ni. Seolah-olah diri saudara hebat sangat sampai memperlekehkan kebolehan orang lain.

Lepas ni bini nak beranak boleh jalankan sendiri la ya. Sakit nanti jangan sampai ada nama saudara dalam rekod hospital.

Adam Johari: Madu dan habbatus sauda tidak memulihkan jangkitan bakteria. Ia langsung tak berfungsi. Sebab itu kita cipta vaksin dan antibiotik.

Anak kau kena polio kau bagi la madu banyak mana tak sembuh juga.

Mohd Farez: Hipokrit. Bila darurat boleh pula rujuk hospital?

Muhd D Zaid: Ayat tu macam sombong semacam asal eh. Ke aku je yang rasa camtu?

Mard Geer: Saya tak kisah pun setiap orang ada pendirian masing-masing. Tapi saya ingin memberi peringatan janganlah membunuh anak orang lain hanya kerana anda anti -aksin.

Golongan anti-vaksin yang menggunakan alasan agama didedahkan baru-baru ini dengan kontroversi peserta rancangan televisyen realiti Imam Muda musim kedua, Ammar Wan Harun, yang menyindir kematian dua kanak-kanak akibat penyakit difteria setelah tidak menerima imunisasi.

Tiga kanak-kanak telah meninggal dunia bulan ini di Kedah, Melaka dan Sabah akibat difteria, sebuah jangkitan bakteria yang senang berjangkit dan boleh menyebabkan kematian, namun boleh dihindarkan dengan imunisasi. Ketiga-tiga mereka tidak menerima imunisasi lengkap.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post