Seorang ibu terbunuh serta merta apabila disambar kilat di sebuah pantai di Brazil.Insiden berlaku ketika Rosangela Biavati, 36, berlari ke gigi air sambil menjerit dan mendepangkan tangan kepada anak lelakinya yang sedang mandi di pantai agar segera naik.
Bagaimanapun sebaik sahaja dia habis berteriak muncul pancaran kilat dari langit menyambar tubuhnya membuatkan dia terus terkulai.
Suami dan rakan-rakan lain berkejar memberikan bantuan termasuk menekan dada Rosangela namun dia tidak memberikan sebarang respon sebelum disahkan sudah meninggal dunia.
Kejadian ini dirakamkan sejak mula oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di pantai tersebut.
Orang ramai sememangnya diberi amaran agar tidak berada berdekatan air ketika cuaca mendung kerana bimbang disambar kilat tetapi kejadian ini membuatkan sesetengah pihak berpendapat amaran sahaja tidak cukup.
Sebaliknya, kawasan pantai harus ditutup daripada dimasuki orang ramai apabila cuaca buruk.
Sumber: gelakhati
Tags:
sembangB