Tak sempat baling mercun, budak 11 tahun terbelah tapak tangan dan putus 3 jari

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun putus tiga jari manakala tapak tangan kanannya terbelah akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah di sini, petang semalam.

Tapak tangan terbelah, putus 3 jari main mercun

Tapak tangan terbelah, putus 3 jari main mercun

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Adam Haikal Mohd Sabri, 11, dikatakan tidak sempat membaling mercun yang sudah dinyalakan, menyebabkannya meletup di tangan.

Nenek mangsa, Noriah Mohd Salleh, 64, berkata mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping, kira-kira jam 9 malam tadi.

“Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi tadi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari.

“Dia masih dirawat di Hospital Taiping,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Noriah berkata, Adam Haikal menonton televisyen di rumahnya sebelum seorang rakan dipercayai mengajaknya bermain di kawasan Pesisiran Sayong sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Katanya, orang ramai di tempat kejadian dikatakan menasihatkan mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat.

“Tidak lama kemudian, letupan mercun kedengaran buat kali kedua dan disusuli jeritan Adam yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tangannya,” katanya.

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post