Zahirah MacWilson Akur Bapa kahwin Lagi


KUALA LUMPUR, 22 Jun — Pelakon baru Zahirah MacWilson mengakui bapanya melangsungkan perkahwinan kali kedua pada Ahad lalu tanpa pengetahuannya.
Namun katanya, sebagai anak beliau hanya mendoakan yang terbaik untuk pelakon dan pengacara Zainol MacWilson.
“Sebenarnya saya tidak tahu mengenai perkara itu sehinggalah beberapa hari sebelum majlis berlangsung.
“Apabila ibu memaklumkan kepada saya, saya yakin majlis itu memang sah diadakan. Sebagai anak saya doakan yang terbaik untuknya,” katanya dilapor Harian Metro.

Beberapa gambar majlis pernikahan Zainol, 57, dengan pasangan yang dikatakan ibu tunggal beranak dua tersebar di internet berlangsung di Kangar, Perlis.
Zainol pada mulanya menafikan dan memberi alasan ia salah satu babak penggambaran drama 'Dia Semanis Honey' edisi raya.
Namun beliau semalam dilaporkan meminta maaf kerana berbohong tentang status pernikahannya.
“Ada sebab saya menafikan perkahwinan itu, bukan suka-suka mahu menipu. Maafkan saya jika ada pihak yang terasa.
“Saya tiada niat mahu melukakan hati mana-mana pihak apatah lagi pada Ramadan yang mulia ini, tidak mungkin saya mahu bersikap buruk,” katanya dilapor BH Online.
Katanya, isterinya itu 20 tahun lebih muda darinya dan seorang pendidik yang dikenalinya sejak kecil lagi.
“Saya harap dengan penjelasan ini tiada lagi isu yang berbangkit. Lagipun tidak salah jika saya mahu berkahwin lagi memandangkan saya sudah solo,” katanya.


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post