Adi Putra Umum Batal Majlis Sambutan Hari Raya

 Adi Putra Umum Batal Majlis Sambutan Hari Raya


Pelakon Adi Putra telah mengumumkan beliau membatalkan majlis sambutan hari raya bersama kelab peminatnya.

Pembatalan ini dibuat pada saat-saat akhir yang dijadualkan pada Ahad dipercayai selepas berita perkahwinan keduanya yang dilakukan secara rahsia terbongkar.

Majlis Sambutan Aidifitri itu sepatutnya diadakan di Casa Ombak, Ampang.

Ini tulis Adi di laman sosial:


“Assalammualaikum wmbt… Saya memohon maaf kepada semua hotlovers kerana perjumpaan raya dan ulang tahun hotlovers esok 17 Julai, harus dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Saya sekali lagi mohon kemaafan,”

Majlis itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan Adi dengan para peminatnya yang diberi nama Hotlovers dan sebagai meraikan ulang tahun kelima penubuhan kelab tersebut.

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post