Adi Putra umum bersara

Pelakon Adi Putra, mengumumkan beliau akan meninggalkan industri hiburan selepas ini namun beliau tetap kekal aktif dalam industri perfileman tempatan.

Jelas Adi atau nama sebenarnya Mohamed Adi Putera Halim, 35, beliau akan memastikan dirinya tidak lagi dikaitkan dengan sebarang gosip mahupun kontroversi kelak. Sebaliknya mahu menumpukan pada kerjaya lakonan di layar perak.

Enggan Lagi Terkait Kontroversi, Adi Putra Akan Tinggalkan Industri Hiburan

Enggan Lagi Terkait Kontroversi, Adi Putra Akan Tinggalkan Industri Hiburan

Enggan Lagi Terkait Kontroversi, Adi Putra Akan Tinggalkan Industri Hiburan

“Saya akan keluar daripada industri hiburan tetapi saya tetap kekal dalam industri perfileman. Saya ada perancangan-perangcangan saya sendiri mengenai pembabitan saya dalam dunia perfileman,” tutur anak kelahiran Singapura ini yang mula aktif dan mencipta nama di persada seni tanah air sejak 2005.

Adi berkata demikian pada sidang media menjelaskan spekulasi dan persoalan mengenai isu pernikahan keduanya dengan Norshahida Zolkifly, yang menjadi viral sejak 16 Julai lalu.

Sementara itu, diajak berkongsi mengenai kehidupannya kini dalam melayari bahtera rumah tangga bersama kedua-dua isterinya, Adi berkata, tidak banyak yang boleh dikongsikan buat masa ini memandangkan dia masih baru menjalani kehidupan berpoligami.

“Saya masih baru lagi dan masih tidak mahir dalam kehidupan berpoligami. Tapi setakat ini tiada apa-apa masalah,” ujarnya.

Ditanya samada dia akan mengadakan majlis resepsi, Adi berkata buat masa ini dia mahu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

“Majlis resepsi, kalau diizinkan Allah, saya akan buat. Tapi itu hanyalah perancangan. Bagi saya, resepsi hanyalah sekadar adat dan budaya, apa yang penting sekarang, saya mahu laksanakan tanggungjawab dan kewajiban saya sebagai ketua keluarga,” katanya.

Sumber: Malaysia Digest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post