Akim batal tunai umrah untuk sambut raya bersama Stacy
Sebelum ini Akim telah pun merancang untuk menunaikan umrah dan menyambut raya di tanah suci. Bagaimanapun, Akim membatalkan hasratnya itu saat akhir kerana ingin menyambut Syawal tahun ini bersama isterinya Stacy yang menyambut kali pertama sebagai saudara baru. Tambahan pula, Akim juga sedang sibuk dalam urusan pindah rumah baru.
“Sepatutnya saya berangkat pada 22 Jun lalu tetapi saya terpaksa batalkan perancangan itu kerana mahu fokus kepada hal perpindahan rumah termasuk mahu bersama Stacy pada raya pertama memandangkan ini kali pertama dia menyambutnya sebagai saudara baharu,” katanya dilapor Utusan Malaysia.
Walaupun ini bukanlah kali pertama Stacy atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Anam menyambut hari raya, namun ia lebih bermakna kerana raya pertama sebagai umat Islam.
Stacy, 26, pula berkata, walaupun ini bukan kali pertama beliau beraya, tetapi kali ini lebih bermakna apabila menyambutnya sebagai seorang Muslim dan mempunyai keluarga sendiri.
Beliau juga teruja menanti pagi Syawal untuk bersalaman dengan Akim dan ahli keluarga lain.
“Kalau dulu saya sekadar beraya, tahun ini saya lebih memahami pengertian Hari Raya itu sendiri termasuklah Ramadan yang merupakan kali pertama saya berpuasa selepas memeluk agama Islam.
“Selama ini saya sering memerhatikan Akim dan keluarganya melakukan tradisi itu dan tahun ini buat pertama kalinya sebagai seorang isteri dan memikirkan hal itu sahaja sudah membuatkan saya cukup terharu,” katanya.
Sumber : Era fm
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW